99 Speedmart akan disenarai di Bursa Malaysia pada September

KUALA LUMPUR: Rangkaian kedai runcit terbesar Malaysia, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) menyasarkan untuk membuat kemunculan sulung di Bursa Malaysia pada 9 September ini, dengan meraih RM2.36 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) yang bakal dilancarkan bulan depan, demikian menurut dua sumber.

IPO pengendali rangkaian kedai runcit terbesar Malaysia, 99 Speedmart itu akan menjadi yang terbesar di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun.

99 Speedmart, yang diasaskan oleh usahawan, Lee Thiam Wah pada 1987 sebagai kedai runcit biasa, merancang untuk menawarkan sehingga 17 peratus kepentingan, atau sebanyak 1.43 bilion saham bagi IPO berkenaan, menurut draf prospektus yang difailkan pada Mac lalu.

IPO itu merangkumi sehingga 1.03 bilion saham sedia ada dan 400 juta saham, demikian menurut prospektus terbabit.

Syarikat itu tidak memberikan maklum balas segera kepada pertanyaan Reuters untuk mendapatnya kenyataan mengenai garis masa kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia, yang tidak pernah dilaporkan sebelum ini, dan jumlah yang disasarkan daripada tawaran awam berkenaan.

Sumber itu enggan dikenali kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media.

Pada RM2.36 bilion, IPO 99 Speedmart akan menjadi yang terbesar di Malaysia sejak penyenaraian Lotte Chemical Titan Holding Bhd pada 2017, menurut data LSEG.

Tawaran itu juga akan menjadi IPO terbesar di Asia Tenggara dalam tempoh setahun sejak penyenaraian Amman Mineral Internasional di Indonesia pada Julai tahun lalu, menurut data berkenaan.

Jumlah yang dijana daripada IPO di Malaysia adalah AS$674 juta (RM4.62 bilion), meningkat hampir 15 peratus berbanding tempoh sama setahun lalu, menurut data LSEG, menjadikan ia pasaran berprestasi terbaik di Asia Tenggara tahun lalu.

Pasaran yang cergas, termasuk rancangan IPO syarikat perkhidmatan data mudah alih, U Mobile Sdn Bhd, akan membantu menyokong aktiviti pasaran IPO di Malaysia yang mantap menuju ke tahun depan.

99 Speedmart dalam draf prospektus berkata, hasil IPO antara lain akan digunakan untuk berkembang di Malaysia, menubuhkan pusat pengedaran dan membeli trak penghantaran.

Ia juga akan menggunakan hasil terbabit untuk membayar balik pinjaman bank sedia ada.

99 Speedmart menyasarkan untuk membuka secara purata 250 cawangan baharu setiap tahun dengan sasaran segera kira-kira 3,000 cawangan beroperasi di seluruh negara menjelang akhir 2025.

Ia kini mengendalikan 2,542 cawangan di seluruh Malaysia dan 19 pusat pengedaran. – REUTERS

  • Coelho

    Related Posts

    Public Bank jalin kerjasama dengan Jati Tinggi pasang panel solar RM14.88 juta

    KUALA LUMPUR: Public Bank dan Jati Tinggi Group Berhad (Jati Tinggi) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memasang sistem panel solar fotovoltaik (PV) bernilai RM14.88 juta. Menerusi memorandum itu, Jati Tinggi,…

    Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

    KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Pan Malaysia, daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Dalam kenyataannya semalam,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    • March 27, 2025
    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    • March 25, 2025
    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    • March 19, 2025
    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

    • March 19, 2025
    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan