Petronas Gas Lantik Adif Zulkifli Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) mengumumkan pelantikan Datuk Adif Zulkifli sebagai pengerusi berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Adnan Zainol Abidin.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, PGB berkata Adnan meletak jawatan berikutan pergerakan pengurusan kanan dalam Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Adif adalah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan huluan yang menyaksikan beliau menyelia aspek hala tuju strategik dan operasi dalam segmen cari gali, pengeluaran dan pembangunan minyak dan gas di lebih 20 negara serta pengurusan karbon, kata syarikat itu.

“Antara pencapaian bermakna beliau dalam kapasiti itu adalah mewujudkan pemerangkapan dan penyimpanan karbon sebagai satu cabang perniagaan baharu dan sejajar dengan strategi peralihan tenaga Petronas.

“Di bawah pimpinan beliau juga, perniagaan huluan mencatat rekod, termasuk menghasilkan lebih dua juta tong setara minyak sehari di Malaysia pada 2024 selain menambah 1.76 bilion tong setara minyak dari segi sumber pada 2023,” kata PGB.

Adif telah menyertai Petronas pada 1993 sebagai jurutera dan sejak itu menggalas pelbagai jawatan pimpinan, termasuk ketua pegawai eksekutif perniagaan gas dan tenaga baharu, naib presiden kanan pembangunan dan pengeluaran perniagaan huluan selain naib presiden kanan strategi korporat.

Selain itu, beliau merupakan ahli aktif komuniti petroteknikal dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Penasihat Serantau Asia Pasifik Persatuan Jurutera Petroleum dan ahli jawatankuasa penasihat antarabangsa bagi Persidangan Teknologi Luar Pesisir Asia.

Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Kellogg School of Management, Northwestern University dan Ijazah Kejuruteraan Petroleum Colorado School of Mines, Amerika Syarikat.

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025