Ringgit Diunjur Bergerak Ke RM4.30 Sedolar AS Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, berikutan jangkaan yang tinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.3470/3505 berbanding dolar AS, paras yang sama ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Presiden Fed San Francisco, Mary Daly memberikan bayangan bahawa pengurangan kadar faedah sebanyak suku mata kemungkinan diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed pada 17 hingga 18 September depan.

“Trajektori ringgit kekal positif memandangkan status quo dasar monetari Malaysia dijangka kekal, dan ini menunjukkan perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed AS dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia mungkin mengecil dalam beberapa bulan akan datang.

“Pada masa sama, aktiviti pengambilan untung dijangkakan berlaku kerana pelabur mungkin mahu memanfaatkan sebahagian keuntungan daripada kenaikan itu,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, sehubungan itu, ringgit diunjurkan bergerak ke arah paras sokongan serta-merta RM4.3000 dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ringgit lebih tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0073/0099 daripada 3.0188/0214 ketika ditutup pada Isnin, dan naik berbanding euro kepada 4.8526/8565 daripada 4.8565/8604.

Bagaimanapun, ringgit sedikit rendah berbanding pound British kepada 5.7333/7379 daripada 5.7324/7370 semalam.

Pada masa sama, unit tempatan didagangkan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3333/3365 daripada 3.3367/3396 ketika ditutup semalam, dan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.7815/8009 daripada 12.7891/8050.

Unit domestik tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.75/7.77 dan turut mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 281.5/281.8. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

BMS Holdings Terima Kelulusan Penyenaraian ACE, IPO Sasar 33.77% Modal Diperbesarkan

KUALA LUMPUR: BMS Holdings Bhd telah menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE pada suku keempat 2025. Dalam kenyataannya hari ini, peruncit dan pengedar jubin,…

Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah