Untung Bersih 99 Speed Mart Melonjak Kepada RM125.53 Juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 melonjak kepada RM125.53 juta daripada RM75.48 juta pada suku kedua 2023.

Keuntungan bersih yang lebih tinggi itu didorong oleh sumbangan jualan yang bertambah baik, pencapaian diskaun yang lebih baik dan kadar pendapatan operasi lain daripada pembekal, kata peruncit rantaian pasar mini tempatan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Hasil juga meningkat 8.2% kepada RM2.41 bilion daripada RM2.23 bilion sebelumnya, terutamanya oleh sumbangan positif daripada pengembangan cawangan.

“Kumpulan mempunyai penambahan bersih sebanyak 59 cawangan, menjadikan jumlah cawangan sebanyak 2,646 pada 30 Jun 2024.

“Terdapat juga impak positif daripada platform e-dagang jualan pukal yang dilancarkan secara rasmi pada Disember 2023, yang telah menyumbang kepada pendapatan tambahan kira-kira RM2.6 juta kepada kumpulan pada suku kedua 2024,” kata 99 Speed Mart.

Sejajar dengan itu, jumlah urus niaga jualan meningkat sebanyak 12.9% kepada 113.8 juta urus niaga pada suku dalam tinjauan berbanding suku kedua 2023.

Dalam kenyataan berasingan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata keputusan yang kukuh telah mencerminkan daya tahan model perniagaannya.

“Prestasi kewangan yang kukuh menekankan komitmen kami untuk menyediakan kemudahan dan nilai yang lebih besar kepada pelanggan.

“Penyenaraian kami yang akan datang di Pasaran Utama Bursa Securities mewakili peristiwa penting bagi syarikat kerana kami terus memacu pertumbuhan yang mampan dan memberikan nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan,” katanya.

Thiam Wah melahirkan rasa teruja tentang peluang baharu penyenaraian itu akan dibuka, yang akan membolehkan mereka mempercepatkan trajektori pertumbuhan.

“Hasil daripada penyenaraian akan digunakan secara strategik untuk mengembangkan kehadiran pasaran kami dan mengukuhkan kedudukan peneraju pasaran kami dalam industri pasar mini di Malaysia,” tambahnya.

Penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Securities dijadualkan pada 9 September 2024, dengan permodalan pasaran kira-kira RM13.9 bilion berdasarkan harga runcit akhir RM1.65 dan modal sahamnya yang diperbesarkan sebanyak 8.4 bilion saham selepas penyenaraian . – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025