Syamsul, Ira Sah Cerai Talak Satu

  • News
  • September 5, 2024

KUALA SELANGOR: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Khamis.

Pengesahan cerai itu dibuat Hakim Syarie Mohd Faizal Habib selepas berpuas hati dengan pengakuan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, selepas wujud pelanggaran taklik, lapor Sunar Harian.

Peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais berkata, mahkamah mengesahkan berlakunya perlanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.

Ira Kazar (kanan) hadir di Mahkamah Rendah Syariah pada Khamis. – Sinar Harian

“Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali selepas membuat hantaran di media sosial dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.

“Tempoh idah Ira juga bermula pada tarikh pelanggaran taklik (14 Ogos lalu),” katanya ketika ditemui pada Khamis.

Sementara itu, peguam syarie, Muhammad Fadhil Abd Razak yang mewakili Ira berkata, mahkamah telah mendapati penceraian pasangan itu telah berlaku di luar mahkamah.

“Mahkamah telah mendapati penceraian telah berlaku antara pihak Syamsul dengan anak guam saya (Ira),” jelas beliau.

Tambahnya, dengan keputusan mahkamah kes cerai kedua-dua mereka sudah selesai.

Terdahulu Syamsul, 40, atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof memfailkan perceraian ke atas Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, 19 Ogos lalu.

Sebelum ini Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 396 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025