LTAT, Boustead Labur RM45 Juta Bina 10 Stesen Minyak Di Luar Bandar

  • News
  • September 24, 2024

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan anak syarikatnya, Boustead Holdings Bhd, melabur sebanyak RM45 juta untuk membina sepuluh stesen minyak di kawasan luar bandar bagi memudahkan akses kepada bahan api bersubsidi.

Persetujuan itu diputusakan melalui permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara anak syarikat Boustead, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol), dengan lapan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Lapan agensi terlibat adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc).

Menurut BHPetrol, lapan lokasi telah dikenal pasti untuk pembinaan 10 stesen minyak tersebut, manakala dua lokasi tambahan masih dalam kajian.

Antara lokasinya ialah Kampung Awah di Temerloh, Pahang; Sri Gading di Batu Pahat, Johor; Pejabat Zon 4 Keda di Sik, Kedah; Bendang Man di Sik, Kedah; Sungai Tengas di Serdang, Kedah; Ara Kuda di Pulau Pinang; Taman Kesedar Putra 2 di Kelantan; Tumbi Rapat di Jeli, Kelantan; Bandar Penawar di Johor dan Kubang Menerong di Pulau Pinang.

Melalui inisiatif itu, Mara Inc. memperuntukkan RM1.5 juta untuk pemasangan panel fotovoltaik solar (PV) di 50 stesen BHPetrol sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, pelan pembangunan stesen minyak di kawasan luar bandar dan wilayah itu merupakan peluang yang bernilai untuk pertumbuhan jangka panjang di kawasan luar bandar.

“Kedua-dua pihak, termasuk agensi seperti Felcra dan BHPetrol, mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan rancangan yang dicadangkan dapat direalisasikan.

“Stesen minyak yang akan dibina adalah daripada jenis dealer owned dealer operated (DODO), yang bermaksud operasi stesen-stesen ini akan diuruskan oleh agensi-agensi yang terlibat.

“BHPetrol telah menilai dan mengenal pasti kesesuaian tapak yang dicadangkan oleh setiap agensi yang mengambil bahagian. Seterusnya, terdapat kelulusan yang perlu diperoleh oleh setiap agensi.

“Tambahan lagi, melalui skim itu, hartanah yang belum dibangunkan boleh dioptimumkan untuk digunakan dengan membina stesen minyak, yang boleh menjadi sumber pendapatan baharu bagi agensi-agensi terlibat,” katanya pada majlis mou semalam.

Azizul yakin bahawa inisiatif itu akan membuka peluang ekonomi kepada penduduk tempatan melalui inisiatif perniagaan dan peluang pekerjaan untuk belia di kawasan luar bandar.

“Inisiatif itu juga akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk di sana.

“Sementara itu, kerjasama dengan Mara Inc. dalam melaksanakan sistem fotovoltaik solar di 50 stesen BHPetrol terpilih bertujuan menjana tenaga elektrik dan haba di lokasi-lokasi tersebut, memudahkan peralihan kepada tenaga rendah karbon.

“Kami percaya inisiatif ini akan menyumbang secara berkesan kepada pengurangan jejak karbon Malaysia, mencapai keseimbangan yang tepat antara kelestarian, keselamatan, dan kemampuan.

“Bertujuan mewujudkan ekosistem tenaga rendah karbon yang lebih berdaya tahan serta berfungsi sebagai pemangkin dalam mengubah ekonomi ke arah yang lebih mampan.” katanya lagi.

BHPetrol juga bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera yang menghasilkan barangan pada skala perusahaan kecil dan sederhana.

Azizul berkata kerjasama itu akan membolehkan penempatan produk-produk tersebut di lebih 300 kedai serbaneka di stesen minyak BHPetrol, dikenali sebagai BHPetromart.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan