SPRM tinjau sekolah terpilih dalam siasatan 1BestariNet

  • News
  • September 26, 2024

BANGI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan tinjauan ke atas sekolah terpilih bagi menjejaki dan menyiasat berhubung isu projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan akan mengambil sedikit masa memandangkan ia membabitkan lebih 8,000 sekolah di seluruh negara.

“Isu dibangkitkan pelbagai pihak ini sedang disiasat. Masa (siasatan) panjang lagi kerana banyak tempat perlu dilawati, memandangkan kes ini melibatkan 8,000 sekolah.

“Bayangkan (jumlah sekolah yang banyak), jadi penyiasatan ini akan berleluasa (diperluas) sedikit. Semua sekolah terbabit dalam projek ini yang mana setiap sekolah akan dibekalkan data tertentu.

“Jadi kita kena kaji betul atau tidak pembekalan itu. Dalam penyiasatan kita, tumpuannya untuk melihat pembekalan dibuat atau tidak, kalau dituntut (bayaran) betul atau tidak,” katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Kebangsaan kali ke-3 2024 di sini hari ini.

Azam menambah, siasatan tertumpu kepada aspek mutu perkhidmatan bagi pembekalan data yang diperlu dan sudah dibekalkan kepada sekolah.

“Banyak perkara kita siasat antaranya mutu perkhidmatan yang diberikan kepada sekolah-sekolah. Keduanya adalah ada (syarikat) dimana pembekalan data kepada sekolah tidak dibekalkan.

“Jadi kita perlu lihat perkara ini. Undang-undang rasuah, jika dituntut tapi tidak dibekalkan secara prinsipnya adalah satu kesalahan,” katanya.

Awal September lalu, media melaporkan SPRM memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet KPM bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL).

Menurut sumber, siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran lebih kurang RM2.7 bilion.

Fokus siasatan SPRM juga menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM, tambahnya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai