MITI Day 2024 bakal tawar lebih 2,600 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menganjurkan MITI Day 2024, bagi memberi peluang kepada lebih 2,600 peluang pekerjaan kepada belia dan pencari kerja.

Acara tahunan itu akan berlangsung di Menara MITI, Kuala Lumpur pada 1 Oktober ini dengan sasaran lebih 10,000 pengunjung yang berpeluang memanfaatkan inisiatif kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

MITI dalam kenyataan berkata, pelbagai peluang dan insentif turut ditawarkan kepada wanita serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan penglibatan lebih 80 syarikat tempatan dan antarabangsa.

“Antara sorotan utama Hari MITI termasuk eksplorasi kerjaya, di mana 22 syarikat akan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada pengunjung, pameran TVET & akademi dalam industri khusus kepada pembangunan modal insan dan pameran kementerian dan agensi.

“Selain itu, Hari MITI akan mengadakan taklimat perniagaan, pelaburan dan saham bagi pengunjung yang minat untuk memahami strategi sektor itu, jualan harga kilang dan usahawan tempatan yang akan menjual produk berkualiti tinggi pada harga kilang.

“Majlis itu juga akan menampilkan inovasi terkini dalam sektor automotif dan membuka kaunter diskaun saman oleh PDRM di mana pengunjung berpeluang menyelesaikan saman dengan diskaun 30% secara langsung,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kementerian mahu memastikan inisiatif yang ditawarkan dapat memanfaatkan semua lapisan industri, daripada syarikat pelbagai saiz hingga kepada golongan usahawan.

“Khusus bagi belia dan pencari kerja, mesej penting yang hendak disampaikan ialah mengenai prospek kerjaya yang baik dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

“Melalui pendekatan ini, saya yakin kita dapat bersama-sama membangunkan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif untuk Malaysia,” katanya.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025