Syed Mokhtar kekal sebagai pemegang saham terbesar Media Prima

  • News
  • October 9, 2024

KUALA LUMPUR: Aurora Mulia Sdn Bhd, syarikat milik hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih lagi pemegang saham terbesar dengan pegangan 353,815,941 saham atau 31.9% pegangan dalam syarikat media tersebut.

Media Prima dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam kumpulan itu berdasarkan pegangan sahamnya Aurora Mulia.

Katanya, pemberhentian Sutera Bakti Sdn Bhd, Tradewinds Group (M) Sdn Bhd dan Restu Jernih Sdn Bhd sebagai pemegang saham besar tidak langsung kumpulan melalui kepentingan di bawah Seksyen 8 Akta Syarikat, 2016 dalam Aurora Mulia.

Jelas Media Prima, penamatan kepentingan yang dimaklumkan dalam pengumuman itu telah disalahtafsrikan dengan memberi bayangan Aurora Mulia dan Syed Mokhtar tidak lagi menjadi pemegang saham utama syarikat.

“Syarikat ingin menekankan bahawa penjelasan ini bertujuan memastikan ketelusan yang lengkap dan menangani sebarang kemungkinan salah tafsir yang timbul daripada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober 2024,” katanya.

Terdahulu, Media Prima menyatakan Aurora Mulia tidak lagi menjadi pemegang saham selepas melupuskan 353.82 juta saham, bersamaan dengan 31.9%, dalam syarikat itu.

Aurora Mulia telah muncul sebagai pemegang saham besar dalam Media Prima apabila ia memperoleh 31.9% pegangan pada Oktober 2019, dengan mengambil alih kepentingan Umno melalui Gabungan Kesturi Sdn Bhd dan Altima Inc.

Carian di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan anak lelaki Syed Mokhtar, Syed Danial Syed Mokhtar Shah, berada di lembaga pengarah Aurora Mulia.

Bulan lalu, Media Prima menyaksikan kemunculan pemegang saham besar baharu, Leasing Corp Sdn Bhd, melalui pengambilalihan 5.53% kepentingan. Leasing Corp dimiliki oleh Sisma Vest Sdn Bhd, yang pengerusinya ialah Datin Mariam Prudence Yusof.

Tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Media Prima Berhad adalah syarikat media terkemuka di Malaysia yang lengkap dengan pelbagai perniagaan berkaitan media, termasuk televisyen, cetakan, radio, media luar, penciptaan kandungan, media digital, perdagangan, dan pengiklanan.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 386 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025