Saksi akui berlaku pertelingkahan dalaman antara tertuduh dan pengarah syarikat berhubung pelupusan saham

  • News
  • October 17, 2024

KUALA LUMPUR: Saksi Pendakwaan pertama (SP1) bagi kes dua pengasas bersama dan bekas pengarah Revenue Group Berhad yang berdepan dakwaan melupuskan harta tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah lima tahun lalu mengaku ada berlaku pertelingkahan dalaman antara pengarah syarikat Datuk Eddie Ng Chee Siong dengan tertuduh, Ng Shih Fang.

Thien Lee Mee, 39, memaklumkan pertelingkahan itu berlaku berpunca daripada Shih Fang yang tidak bersetuju dengan cadangan penjualan saham atau bon kepada pelabur dan institusi terpilih bukannya di bursa awam yang diusulkan oleh Eddie Ng dalam mesyuarat mesyuarat RGB International Bhd yang diadakan pada 4 Januari 2023.

Perkara itu dibangkitkan pasukan pembelaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad dengan menyentuh perkara di dalam minit mesyuarat Januari 2023 dimana di dalam perkara 4.6 dan 4.7 tertuduh telah tidak bersetuju dengan cadangan agar syarikat menerbitkan Private Placement oleh Eddie Ng.

Ketika sesi soal balas peguam pembelaan Tan Sri Dzulkifli Ahmad bertanya berdasarkan minit mesyuarat yang disediakan oleh SP1, bahawa tertuduh Shih Fang telah menyatakan alasan mengapa dia tidak bersetuju dengan cadangan Private Placement itu.

Lee Mee kemudiannya membaca alasan pada perkara 4.6 dan 4.7 dalam minit mesyuarat berkenaan bantahan Shih Fang yang menolak cadangan Eddie Ng hingga menimbulkan kemarahannya.

Dia menjelaskan Shih Fang berpendapat bahawa cadangan Private Placement itu akan memberi kesan kepada harga saham syarikat melalui pencairan pegangan sahamnya kerana harga saham syarikat tidak berada pada tahap yang tinggi dan ia akan mengumpul dana yang lebih rendah.

“Ng Shih Fang berpendapat bahawa dana tersebut tidak diperlukan pada masa ini. Beliau menyatakan bahawa hutang terutamanya berpunca daripada kos bangunan syarikat kerana ia tidak banyak menyumbang kepada pengebilan yang produktif kepada syarikat.

“Justeru, beliau menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan cadangan penempatan swasta tersebut,” jelasnya.

Bagaimanapun, Lee Mee yang juga setiausaha syarikat tidak mahu memberi komen punca pertelingkahan antara Eddie Ng dan Shih Fang.

“Saya tidak dapat komen berhubung sebab pertelingkahan itu kerana keadaan terlalu tegang ketika itu.

“Saya hanya catat apa yang diperkatakan dalam mensyuarat sahaja…,” katanya.

Tertuduh yang juga dua beradik itu diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad dan Dzulkifli Ahmad, yang juga bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Siti Amirah Muhammad Ali dan Mohd Syahzada Azad Sanusi menjalankan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan perbicaraan seterusnya pada 18 Februari 2025.

Corporate Kini sebelum ini melaporkan dua pengasas bersama Revenue Group Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan penipuan pelupusan aset syarikat lima tahun lalu.

Ng Shih Fang, 47, dan abangnya, Shih Chiow, 50, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah