Bank-bank pelaburan jangka BNM akan kekalkan OPR sepanjang 2025

KUALA LUMPUR: Public Investment Bank Bhd (Public IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus bagi tahun itu dalam persekitaran cabaran ekonomi.

Bank pelaburan itu berkata, ini akan membantu mengecilkan perbezaan kadar faedah negatif dengan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden AS ia mengunjurkan dasar ekonomi AS pada 2025 akan menumpukan kepada perubahan tarif dan cukai.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan pengurangan dalam penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada 2025 dengan tempoh masa dan pelarasan dasar Fed kepada langkah tarif baharu, menambah ketidakpastian kepada prospek monetari,” kata Public IB dalam nota penyelidikan hari ini.

Public IB melaporkan inflasi teras dan keseluruhan dengan purata 1.8 peratus tahun ke tahun setakat ini.

Dalam Penyata Dasar Monetari (MPC) terbaharunya, BNM menyatakan bahawa inflasi dijangka kekal terkawal pada tahun 2025, disokong oleh keadaan kos global yang kembali stabil dan tiada tekanan permintaan domestik yang ketara.

Bank pusat itu turut berkata, prospek inflasi bergantung kepada spesifik langkah dasar domestik yang akan datang.

Potensi risiko peningkatan inflasi termasuk kesan limpahan daripada perubahan dasar, turun naik harga komoditi global dan dinamik pasaran kewangan.

Public IB berkata, pemacu inflasi utama pada tahun 2025 mungkin termasuk penghapusan berperingkat subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun, pelarasan kepada gaji minimum dan skop yang diperluaskan untuk cukai jualan dan perkhidmatan.

“Rasionalisasi subsidi seterusnya terhadap barangan keperluan seperti gula, beras putih dan minyak masak boleh meningkatkan tekanan kos dan didorong permintaan terhadap harga pengguna,” kata bank itu.

Faktor inflasi lain mungkin termasuk kenaikan gaji penjawat awam mulai Disember 2024, caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing dan levi pekerja asing pelbagai peringkat, katanya.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) juga menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan mengekalkan OPR pada 3.00 peratus menjelang 2025 sebagai respons kepada tekanan inflasi daripada dasar domestik termasuk pengurangan berperingkat RON95 dan jangkaan kenaikan gaji.

HLIB mengunjurkan inflasi meningkat tahun depan, mencerminkan potensi kesan daripada rasionalisasi subsidi RON95 pertengahan 2025, kenaikan gaji penjawat awam Disember 2024 dan kenaikan gaji minimum pada Februari 2025.

Kos tambahan daripada pengembangan skop SST dan caruman KWSP mandatori untuk pekerja asing juga boleh menyumbang kepada peningkatan tersebut, kata HLIB.

“Kami mengunjurkan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 2.7 peratus pada 2025 daripada anggaran 1.9 peratus pada 2024 dalam julat jangkaan Kementerian Kewangan antara 2.0 hingga 3.5 peratus,” kata HLIB. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan