National CEO Symposium 2025 Lambang Komitmen Bersama Perkukuh Landskap Perniagaan Malaysia

PETALING JAYA: National CEO Symposium 2025 adalah lambang komitmen bersama para usahawan untuk memacu inovasi dan memperkukuhkan pertumbuhan dalam landskap perniagaan Malaysia.

Pengerusi KNKV Group, Senator Datuk Seri Dr. Hjh Zurainah Musa, berkata adalah penting untuk mempertimbangkan apa yang Malaysia tawarkan melalui Belanjawan 2025 sebagai persiapan menghadapi cabaran perniagaan pada 2025.

Ujar beliau, belanjawan ini memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat sambil mempromosikan peluang ekonomi yang lebih saksama selain menggesa para usahawan untuk menyelaraskan amalan perniagaan dengan matlamat yang lebih luas.

“Belanjawan 2025 memperuntukkan lebih daripada RM 5 bilion melalui pelbagai inisiatif untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan inovasi.

“Dana ini menawarkan geran untuk pendigitalan, pembangunan kapasiti, dan insentif cukai, dengan sokongan yang disasarkan untuk pembangunan perniagaan, eksport, serta usahawan muda dan wanita.

“Ini adalah peluang berharga bagi perniagaan untuk berkembang, berinovasi, dan selaras dengan matlamat ekonomi Malaysia,” katanya dalam ucapan di acara National CEO Symposium 2025 yang berlangsung di Avante Hotel, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Prof (Adj) Hj Adam Shah Abdul Rahman, berkata National CEO Symposium 2025 dijangka menjadi platform utama bagi memperkukuhkan daya saing syarikat-syarikat Malaysia di bawah Dewan Perniagaan Muslim Insider (Muslim Insider) dan membuka peluang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

Ujar beliau, acara ini akan melengkapkan pembuat keputusan perniagaan dengan maklumat yang relevan untuk memastikan kelangsungan perniagaan yang menguntungkan sepanjang tahun 2025.

“Kami ingin membantu CEO dan pengurusan tertinggi menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran ekonomi dengan lebih yakin.

“Untuk menyertai Simposium ini, peserta mesti merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau pembuat keputusan dalam syarikat yang mencatatkan jualan tahunan tidak kurang dari RM5 juta, mempunyai rekod perniagaan yang bersih, serta mempromosikan mesej jenama yang positif,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara National CEO Symposium 2025: Where Top Industry Leaders Coverage, yang berlangsung hari ini turut memberi pendedahan berkenaan manfaat perbankan eksklusif, dan peluang jaringan dengan pembuat keputusan teratas

Selain it, ia turut memberi pendedahan berkenaan strategi dan pandangan perniagaan 2025, pandangan mendalam daripada pakar industri serta sorotan untuk CEO melalui temuduga media korporat.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat