Dennis Chia dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan CelcomDigi bermula 25 Januari 2025

KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd lantik Dennis Chia sebagai Ketua Pegawai Kewangan berkuat kuasa 2 Januari 2025.

Perlantikan itu bagi menggantikan Lucy Tan dari pasukan pengurusan CelcomDigi yang akan meletakkan jawatannya di CelcomDigi selepas kontraknya tamat.

Chia merupakan Ketua Pegawai Kewangan Starhub Ltd, syarikat kedua terbesar daripada tiga syarikat telekomunikasi di Singapura, selama hampir sedekad sebelum meletak jawatan pada September 2024.

Dengan membawa pengalaman selama 30 tahun dalam kewangan, Dennis mengetuai jabatan kewangan syarikat dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat, semikonduktor, automotif serta minyak dan gas.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan STATS ChiPAC dan Naib Presiden Kewangan di Lear Corporation.

Seorang akauntan awam bertauliah, Dennis juga dilatih sebagai akauntan di Universiti Teknologi Nanyang sebelum memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran dan Kewangan dari University of Hull, England.

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025