Pengekalan penarafan Fitch Ratings satu pengiktirafan terhadap kemajuan ekonomi negara – PM

KUALA LUMPUR: Pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia oleh Fitch merupakan satu pengiktirafan terhadap kemajuan ekonomi negara seperti aspirasi di bawah kerangka Ekonomi Madani, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Khususnya komitmen Kerajaan Madani untuk melaksanakan pembaharuan signifikan dalam perundangan dan institusi yang menghasilkan dasar lebih jelas dan baik serta pengurusan ekonomi berkesan,” katanya dalam kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa.

MOF berkata, pemacu utama yang menyokong penarafan ini adalah momentum pertumbuhan kukuh dan meluas, kedudukan politik stabil, lebihan akaun semasa secara berterusan dengan pelaburan langsung asing yang teguh serta penurunan defisit fiskal.

Menurutnya, Fitch menyatakan kepastian dasar dalam negara bertambah baik susulan kestabilan kerajaan yang dicerminkan oleh pengenalan pelbagai pembaharuan ekonomi, termasuk pengukuhan tata kelola entiti milik kerajaan serta perundangan, antara lain Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

“Perkara ini adalah selaras dengan pandangan Tabung Kewangan Antarabangsa yang menyatakan bahawa pelaksanaan agenda pembaharuan oleh kerajaan adalah bertepatan dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan inklusif.

“Ekonomi Malaysia berkembang dengan kukuh pada 5.3%, bagi suku ketiga 2024 didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan prestasi sektor luar bertambah baik.

“Kerajaan yakin untuk mencapai pertumbuhan ekonomi teguh pada tahun 2024, yang telah disemak semula lebih tinggi dalam lingkungan 4.8% dan 5.3% daripada anggaran awal antara 4%dan 5%,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, kerajaan komited untuk melaksanakan konsolidasi fiskal, merapatkan jurang defisit secara beransur-ansur yang dianggarkan 4.3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024 kepada 3.8% pada 2025.

“Belanjawan 2025 telah digubal untuk menyokong momentum pertumbuhan ekonomi, dengan unjuran pertumbuhan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025. Kerajaan komited untuk meningkatkan pengurusan fiskal melalui perluasan asas hasil, penggunaan sumber yang optimum dan meneruskan rasionalisasi subsidi, khususnya RON95.

“Pembaharuan struktur dan institusi juga diberi keutamaan selaras dengan kerangka ekonomi Madani untuk mentransformasikan ekonomi, meningkatkan nilai rantaian, menggalakkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi serta meningkatkan produktiviti dan daya saing negara,” ujarnya.

Fitch Ratings mengesahkan penarafan Ingkar Penerbit (IDR) Mata Wang Asing Jangka Panjang Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan ‘stabil’.

Coelho

Related Posts

OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit di bawah Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus…

Deleum peroleh kontrak perkhidmatan penyelenggaraan telaga daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR: Deleum Bhd menerusi Deleum Oilfield Services Sdn Bhd menerima kontrak menyediakan perkhidmatan dan peralatan penyelenggaraan telaga (slickline) untuk Pakej A1 selama lima tahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan