MRCB tarik diri daripada konsortium Berjaya untuk Projek KL-SG HSR

KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) menarik diri daripada konsortium diketuai Berjaya Rail Sdn Bhd (Berjaya Rail), untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).

Dalam satu kenyataan, Berjaya Corporation Bhd berkata, konsortium yang diterajui oleh Berjaya, yang telah mengambil bahagian dalam Latihan Permintaan Maklumat (RFI) oleh MyHSR untuk Projek HSR berkenaan, mengumumkan bahawa salah seorang rakan kongsinya, MRCB, telah memutuskan untuk menarik diri daripada konsortium berkenaan.

Katanya, MRCB menarik diri bagi mencari peluang strategik lain dan dengan itu tidak lagi menjadi sebahagian daripada Konsortium KL-SG HSR.

Kini konsortium itu, terdiri daripada Berjaya Rail, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), IJM Corporation Bhd (IJM) serta rakan teknikal seperti Deutsche Bahn, Hitachi Rail, dan Hyundai Rotem.

Sementara itu Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, berkata pihaknya kekal teguh dengan misi untuk menyediakan sistem HSR bertaraf dunia yang akan mengubah hubungan serantau dan pembangunan ekonomi untuk Malaysia.

Selain itu, ia berhasrat menyumbang kepada peralihan negara ke arah mobiliti hijau menerusi kereta api berkelajuan tinggi.

“Konsortium dan rakan kongsi teknikalnya adalah peneraju yang diiktiraf dalam pembangunan infrastruktur, kejuruteraan, dan pengurusan pengangkutan, dan secara kolektif, mereka membawa kepakaran yang terbukti selama beberapa dekad menyampaikan projek infrastruktur berskala besar,” katanya.

Pada awal tahun ini, Berjaya Land Bhd (BLand) mengumumkan bahawa anak syarikat milik 70 peratusnya, Berjaya Rail, telah membentuk sebuah konsortium bersama IJM, MRCB dan KTMB untuk membida projek HSR KL-SG.

Dalam pemfailan berasingan kepada Bursa Malaysia, ahli konsortium berkenaan memaklumkan bahawa mereka telah mengemukakan cadangan konsep untuk permintaan maklumat (RFI) bagi projek HSR pada 15 Januari 2024.

MRCB menyatakan bahawa pihak-pihak yang terlibat akan memasuki perjanjian muktamad sekiranya konsortium itu berjaya memperoleh projek terbabit.

Coelho

Related Posts

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

Pendapatan Terealisasi Sebelum Cukai Meningkat 69%, Disokong Pendapatan Hartanah Bersih dan Pengurangan Kos Pinjaman KUALA LUMPUR, 23 Mei 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) melaporkan keputusan kewangan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

  • May 28, 2025
Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

  • May 28, 2025
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo