Tiada unsur jenayah dalam siasatan tender 1BestariNet – SPRM

  • News
  • December 19, 2024

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana pihak berhubung kes projek 1BestariNet.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihkanya mendapati tiada unsur jenayah dalam pelaksanaan tender tersebut berdasarkan dapatan siasatan yang dijalankan sejak September lalu.

Katanya, siasatan telah dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, yang memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus serta isu berkaitan tuntutan kewangan dalam kontrak antara YTL Communications Sdn Bhd dan KPM.

“Sehubungan itu, TPR telah mengarahkan SPRM untuk menyerahkan laporan penuh hasil dapatan siasatan kepada KPM, berserta syor-syor penambahbaikan.

“Antara langkah utama yang disyorkan ialah agar KPM kembali ke meja perundingan bersama YTL Communications Sdn Bhd untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu berbangkit daripada kontrak tender perkhidmatan yang telah dipersetujui,” katanya dalam kenyataa, hari ini.

Semalam, YTL Power International Berhad menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, berkata pihaknya menerima pengesahan bahawa siasatan membabitkan tender 1BestariNet telah selesai dengan tiada pendakwaan terhadap YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms).

“Kami ingin mengumumkan bahawa kami telah menerima pengesahan daripada SPRM bahawa siasatan telah selesai, dan tiada sebarang pertuduhan akan dikenakan terhadap YTL Comms,” kata syarikat itu dalam pemfailannya kepada Bursa Malaysia.

Pada 4 Sept, SPRM telah melancarkan siasatan ke atas tuntutan pembayaran berkaitan tender perkhidmatan 1BestariNet, dan suruhanjaya itu menyerbu beberapa pejabat kerajaan serta pejabat YTL Comms.

Bagaimanapun, YTL Power International menepis tuduhan salah laku dan menjelaskan pihaknya telah diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka.

Menurutnya, pihaknya memperoleh tender 1Bestarinet melalui proses tender terbuka apabila bidaan pihaknya adalah yang paling mematuhi teknikal dan efektif dari segi kos berbanding kalangan 18 pembida.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 421 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN