As Safa Travels tawar pakej mesra ekonomi kepada jemaah tunai umrah dan haji

  • News
  • December 24, 2024

KUALA LUMPUR: As Safa Travel & Tours memperkukuhkan jenama sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan Umrah dan Haji di Malaysia menerusi Pakej Umrah Ekonomi 2025, Pakej Premium dan Badal Haji.

Pengarah Eksekutif As Safa Travels, Ustaz Hj Mad Roslan Mohammad Jaafar, berkata As Safa Travels mahu menjadi pemudahcara untuk umat Islam di Malaysia menunaikan umrah menerusi inisiatif pakej ekonomi yang tidak membebankan dengan harga pakej bermula RM5,990 di mana perbezaannya daripada bilangan hari, jarak hotel dan penerbangan.

Beliau berkata As Safa turut menawarkan Pakej Premium bermula serendah RM9,890 beserta tawaran Haramian Train secara percuma dan Badal Haji bermula RM5,500.

Jelasnya, Badal Haji hanya terhad kepada 50 orang mengikut kapasiti petugas yang berada di Tanah Suci Mekah.

“Dengan harga di bawah RM10,000, jemaah dapat menikmati kemudahan dan keselesaan di mana hotel berjarak dekat dengan masjid. Malah kami sediakan perkhidmatan tren secara percuma.

“Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun apa yang ditawarkan, itulah yang akan dinikmati jemaah apabila menunaikan umrah nanti.

“Selain Badal Haji, kami juga sediakan perkhidmatan Badal Umrah buat mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah buat keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya.

KUALA LUMPUR: As Safa Travel & Tours memperkukuhkan jenama sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan Umrah dan Haji di Malaysia menerusi Pakej Umrah Ekonomi 2025, Pakej Premium dan Badal Haji.

Pengarah Eksekutif As Safa Travels, Ustaz Hj Mad Roslan Mohammad Jaafar, berkata As Safa Travels mahu menjadi pemudahcara untuk umat Islam di Malaysia menunaikan umrah menerusi inisiatif pakej ekonomi yang tidak membebankan dengan harga pakej bermula RM5,990 di mana perbezaannya daripada bilangan hari, jarak hotel dan penerbangan. 

Beliau berkata As Safa turut menawarkan Pakej Premium bermula serendah RM9,890 beserta tawaran Haramian Train secara percuma dan Badal Haji bermula RM5,500.

Jelasnya, Badal Haji hanya terhad kepada 50 orang mengikut kapasiti petugas yang berada di Tanah Suci Mekah.

“Dengan harga di bawah RM10,000, jemaah dapat menikmati kemudahan dan keselesaan di mana hotel berjarak dekat dengan masjid. Malah kami sediakan perkhidmatan tren secara percuma. 

"Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun apa yang ditawarkan, itulah yang akan dinikmati jemaah apabila menunaikan umrah nanti.

“Selain Badal Haji, kami juga sediakan perkhidmatan Badal Umrah buat mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah buat keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya. 

Menegaskan bahawa hukum umrah adalah diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya, jelas Ustaz Md Roslan lagi, haji dan umrah merupakan satu pengorbanan yang dituntut.

“Kita semua bakal tetamu Allah dan Allah menjemput seluruh manusia yang masih hidup untuk ke Mekah. Umrah hukumnya wajib dan semua dituntut untuk menunaikannya. Saya menekankan kepentingannya kepada semua atas dasar amanah.

“Malah mereka yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menunaikan umrah, waris wajib tunaikan badal umrah dan haji andai berkemampuan,” katanya lagi.

Memegang prinsip “Pergi Selamat, Pulang Selamat”, As Safa menumpukan kepada memastikan pengalaman perjalanan pelanggan dipenuhi dengan keselesaan, keselamatan, dan ketenangan rohani.

Dalam pada itu, Ustaz Md Roslan turut berkongsi pengalamannya menguruskan perjalanan haji dan umrah lebih 30 tahun. 

Malah beliau turut menerima panggilan ke Tanah Suci lebih 30 kali sama ada ketika berkhidmat dengan Tabung Haji Travel mahupun syarikat-syarikat lain.

Dari kiri adalah Pengurus Besar, Hj Mohammad Ahyat Md Roslan; Pengarah Eksekutif, Hj Md Roslan Mohammad Jaafar dan Ketua Pegawai Operasi, Hj Mohd Zamri Mohd Shaffie

Menegaskan bahawa hukum umrah adalah diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya, jelas Ustaz Md Roslan lagi, haji dan umrah merupakan satu pengorbanan yang dituntut.

“Kita semua bakal tetamu Allah dan Allah menjemput seluruh manusia yang masih hidup untuk ke Mekah. Umrah hukumnya wajib dan semua dituntut untuk menunaikannya. Saya menekankan kepentingannya kepada semua atas dasar amanah.

“Malah mereka yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menunaikan umrah, waris wajib tunaikan badal umrah dan haji andai berkemampuan,” katanya lagi.

Memegang prinsip “Pergi Selamat, Pulang Selamat”, As Safa menumpukan kepada memastikan pengalaman perjalanan pelanggan dipenuhi dengan keselesaan, keselamatan, dan ketenangan rohani.

Dalam pada itu, Ustaz Md Roslan turut berkongsi pengalamannya menguruskan perjalanan haji dan umrah lebih 30 tahun.

Malah beliau turut menerima panggilan ke Tanah Suci lebih 30 kali sama ada ketika berkhidmat dengan Tabung Haji Travel mahupun syarikat-syarikat lain.

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 115 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 127 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan