Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

  • News
  • January 28, 2025

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat air di Johor, didakwa di Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan menipu syarikat tersebut berhubung program kebajikan yang tidak pernah dilaksanakan melibatkan jumlah RM3.38 juta dua tahun lalu.

Muhamad Faizal Aliar, 39, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Dia didakwa menipu Ranhill SAJ Sdn Bhd dengan memperdayakan syarikat itu untuk mempercayai kewujudan dua program iaitu ‘Program Imarah Ramadhan 2023’ dan ‘Program Prihatin Komuniti Madani 2023’, seperti yang dinyatakan dalam dua surat bertarikh 1 dan 4 April 2023.

Tindakan tertuduh menyebabkan Ranhill SAJ memindahkan sebanyak RM82,500 dan RM3.3 juta ke dalam akaun bank Pertubuhan Inspirasi Prihatin Malaysia.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Menara Felda Platinum Park di sini pada 13 dan 14 April 2023.

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asraf Mohamed Tahir menawarkan jaminan RM200,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin mengambil kira jumlah wang yang terlibat.

Namun, peguam S. Preakas yang mewakili Muhamad Faizal memohon pengurangan jaminan kepada RM50,000 atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan mengalami kecederaan tulang belakang serta perlu menanggung empat anak termasuk dua anak yang istimewa.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mac 2025 untuk sebutan kes.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

  • December 6, 2025
Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

  • December 5, 2025
Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

  • December 5, 2025
Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

  • December 5, 2025
Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

  • November 18, 2025
Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa