Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin.

SRB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pihaknya turut menamakan tiga pihak lain kerana gagal melaksanakan amanah, melanggar undang-undang, kontrak dan etika perniagaan.

Sapura Resources berkata, tiga lagi pihak terbabit ialah Syed Haroon Omar Alshatrie, Syed Muhammad Hasan Alsagoff dan Explorer Group Sdn Bhd.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM3.22 juta.

“Berlaku salah urus dalam bayaran yuran perundingan, pampasan pekerja dan kos operasi lain, termasuk dana yang dikatakan disalah guna berkaitan Malaysia Airports Holdings Bhd dan skim pemisahan sukarela.

“Syarikat turut menanggung kerugian besar akibat tindakan tersebut, termasuk potensi kehilangan peluang perniagaan seperti penyenaraian awal (IPO) bernilai RM82.1 juta,” kata Sapura Resources dalam makluman di Bursa Malaysia.

Selain tuntutan ganti rugi lebih RM1 juta, mahkamah turut diminta menilai kerosakan lain termasuk pampasan am, pampasan kerana kesalahan serius dan pampasan yang adil. – D

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025