Lokasi: Sitiawan / Manjung, Perak
Tempoh: 2024 – Disember 2025

FASA 1: LATAR BELAKANG URUS NIAGA TANAH
± 2012 – 2016
- Berlaku urusan pemecahan / penukaran status tanah rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu di kawasan Sitiawan, Manjung, Perak.
- Urusan ini tidak didedahkan kepada umum pada waktu tersebut.
- Difahamkan melibatkan:
- permohonan pecah lot,
- kelulusan pentadbiran tanah,
- dan rasuah kepada penjawat awam.
- Lagenda Properties mula terdedah
FASA 2: SIASATAN DAN PENDAKWAAN SPRM
30 April 2024
- Rosli Che Mohamed, bekas Timbalan Pendaftar Hak Milik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menipu Lembaga Tanah Ladang Negeri Perak dengan memalsukan (memperdaya) bahawa tanah seluas ±649.2 hektar bukan Tanah Rizab Melayu, yang kemudian menyebabkan kelulusan pemecahan lot
- Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan. Kes masih dalam prosiding mahkamah (tidak selesai / belum dijatuhkan hukuman)

28 Mei 2024
- Media melaporkan:
- SPRM menahan Datuk Do Jee Ming, pengarah urusan syarikat hartanah Lagenda Properties bagi membantu siasatan dakwaan memberi rasuah kepada pegawai tanah dan galian
- Siasatan berkaitan:
- pecah lot tanah rizab Melayu,
- penukaran kepada tanah bukan Melayu,
- melibatkan kira-kira 650 hektar tanah.
- Mahkamah Majistret Perak meluluskan reman 4 hari.
- SPRM mengesahkan siasatan di bawah:
- Akta SPRM 2009
- kesalahan memberi rasuah kepada penjawat awam.
- Do Jee Minng direman sehingga 31 Mei 2024

FASA 3: PENGESAHAN OLEH LAGENDA PROPERTIES
29 Mei 2024 (Rabu)
- Lagenda Properties Bhd mengeluarkan makluman rasmi:
- Seorang pegawai kanan syarikat direman SPRM.
- Identiti tidak didedahkan namun adalah Pengarah Urusannya
- Lagenda menegaskan:
- Siasatan tidak melibatkan operasi syarikat hanya individu
- Operasi berjalan seperti biasa (“business as usual”).

FASA 4: KEJATUHAN SAHAM & TINDAKAN BURSA
29 Mei 2024
- Saham Lagenda:
- jatuh ~30% dalam sehari,
- mencecah paras terendah hampir 4 tahun.
- Bursa Malaysia:
- menggantung intraday short-selling (IDSS),
- mengeluarkan Pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA).

FASA 5: MESYUARAT LEMBAGA & PERALIHAN KEPIMPINAN
29 Mei 2024 (Petang)
- Lembaga Lagenda mengadakan mesyuarat tergempar.
- Diputuskan:
- Andy Chua Seng Hooi mengambil alih peranan kepimpinan sementara.
- Lembaga memberi komitmen bekerjasama penuh dengan SPRM.
FASA 6: PENJELASAN BERKAITAN TANAH
Jun 2024
- Lagenda menegaskan:
- Tanah 422 ekar yang dibeli melalui Taraf Nusantara Sdn Bhd:
- terletak di Mukim Durian Sebatang (Teluk Intan),
- BUKAN di Sitiawan / Manjung,
- BUKAN tanah rizab Melayu.
- Tanah 422 ekar yang dibeli melalui Taraf Nusantara Sdn Bhd:
- Lagenda juga menegaskan:
- Tanah 650 hektar yang disiasat adalah usaha peribadi Do Jee Ming sebagai individu, bukan aset kumpulan.
FASA 7: KAITAN KELUARGA DOH (FAKTA KORPORAT)
Sepanjang 2024
- Struktur pemilikan didedahkan:
- Datuk Doh Jee Ming
- Pengarah Urusan Lagenda
- Mengawal ±57% saham melalui Lagenda Land Sdn Bhd
- Datuk Doh Tee Leong
- Adik beliau
- Pengarah Epicon Bhd
- Datuk Doh Jee Ming
- FAKTA PENTING:
- Laporan menyatakan:
- Doh Jee Ming direman,
- Doh Tee Leong disiasat,
- Namun tiada pendakwaa SPRM terhadap Datuk Doh Jee Ming dan Datuk Doh Tee Leong
- Laporan menyatakan:

FASA 8: TAHUN 2025 – TIADA PENDAKWAAN AWAM
Jan – Dis 2025
- 19 September 2025
Lagenda Properties mengumumkan Pengarahnya “dibebaskan daripada sebarang penglibatan” dalam siasatan dan perkara berkaitan kini dianggap selesai

Setakat Disember 2025:
- TIADA pengumuman rasmi oleh SPRM mengenai:
- pendakwaan,
- DNAA,
- atau penutupan kes.
- TIADA pengesahan awam daripada SPRM sendiri bahawa individu terlibat telah “dibersihkan”.
- Bekas Timbalan Pendaftar Hak Milik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak telah didakwa di mahkamah tapi pengarah syarikat disyaki memberi rasuah tidak didakwa.
- Lagenda terus:
- beroperasi seperti biasa,
- mengumumkan projek dan prestasi kewangan,
- tanpa sebarang pendedahan lanjut berkaitan kes ini kepada Bursa.







