CAAM larang penerbangan dron tanpa kelulusan pada PRN

  • News
  • July 26, 2023

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

CAAM dalam perkongsian di Facebook rasminya memaklumkan larangan tersebut bagi memastikan kelancaran pilihan raya itu selain mengelakkan kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai khususnya pengundi.

“Larangan ini termasuk pada tiga tarikh penting yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu hari penamaan calon pada 29 Julai, pengundian awal pada 8 Ogos dan hari pengundian pada 12 Ogos, serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen selepas hari penamaan calon,” menurut CAAM.

Agensi itu turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs). – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 78 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 66 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH