Armizan pegang portfolio Salahuddin buat sementara waktu – PM

  • News
  • July 31, 2023

KUALA LUMPUR: Datuk Armizan Mohd Ali akan mengambil alih tugas menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup sementara waktu.

Ia bagi menggantikan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu, selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan di otak.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Sementara ini Armizan diberi tanggungjawab memantau dan jalankan tugas, dan Fuziah Salleh (timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup) pun dah faham.

“Jadi, boleh saya bincangkan nampak tiada gangguan dan saya minta Armizan tumpu sikit dalam kementerian (KPDN),” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023.

Armizan merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Sabah, Sarawak dan tugas-tugas khas).

Anwar dalam masa yang sama memaklumkan masih belum ada pengganti bagi jawatan tersebut dan segala perbincangan berhubung perkara itu akan dibuat selepas selesai PRN.

“Belum, saya kata biar lepas PRN, kemudian bagi masa saya fikir, ia tidak akan terlalu lama,” tambahnya.

Terdahulu, Salahuddin menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.23 malam 23 Julai, di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Timbalan Presiden Amanah itu dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada 10.15 malam selepas mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 290 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 234 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

  • May 23, 2025
AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

YTL Corporation Catat Pendapatan Suku Ketiga RM23.15 Bilion, Rancang Perluas Taman Pusat Data Hijau di Johor

  • May 23, 2025
YTL Corporation Catat Pendapatan Suku Ketiga RM23.15 Bilion, Rancang Perluas Taman Pusat Data Hijau di Johor

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai