Ringgit susut, RM4.56 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan sentimen semasa dalam pasaran yang menunjukkan prospek pertumbuhan global yang lebih lemah.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5640/5695 berbanding dolar AS daripada 4.5575/5625 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia bagi Jun dijangka menunjukkan penurunan satu peratus berdasarkan anggaran konsensus.

“Sementara itu, kenyataan pegawai Rizab Persekutuan AS membayangkan Kadar Dana Persekutuan berkemungkinan kekal tinggi dalam jangka pendek. Namun begitu, sekiranya inflasi terus mereda, terdapat peluang penurunan kadar tahun depan.

“Justeru, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.03 peratus untuk mencapai 102.047 semalam,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan ringgit berlegar sekitar 4.56 berbanding dolar AS hari ini.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.8287/8357 daripada 5.7971/8035 pada penutup Isnin dan lemah berbanding euro kepada 5.0158/0219 daripada 4.9978/0032.

Sementara itu, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1918/1961 daripada 3.2018/2056 sebelumnya.

Unit tempatan itu didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit menambah nilai berbanding baht Thailand pada 13.0792/1006 daripada 13.0801/0997 sebelumnya dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.12/8.14 daripada 8.13/8.14.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3996/4042 daripada 3.3968/4008 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/301.0 daripada 300.0/300.6 sebelumnya. – BERNAMA

  • Coelho

    Related Posts

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

    RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

    KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal