Nilai ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini

KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan dalam julat sempit apabila dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan pelabur terhadap prospek ekonomi global yang suram.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.6615/6655.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi turut menjejaskan permintaan terhadap mata wang sedang pesat membangun.

Sekuriti Perbendaharaan AS bertempoh panjang mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak lapan mata asas kepada 4.26 peratus, manakala Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.52 peratus kepada 104.776 mata.

Beliau berkata data Eropah menunjukkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) untuk ekonomi perkhidmatan rendah daripada jangkaan pada 47.9 mata untuk Ogos, manakala Indeks Harga Pengeluar (IHP) merosot 7.6 peratus pada Julai.

Selain itu, Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde juga agak samar-samar tentang mesyuarat Majlis Tadbir minggu depan.

“Kemungkinan penangguhan kenaikan kadar tidak harus diketepikan berdasarkan trajektori inflasi. Justeru, ini akan lebih menyokong dolar AS kerana Rizab Persekutuan kemungkinan mengekalkan kecenderungannya terhadap kadar faedah.

“Dengan itu, gandingan dolar AS/ringgit diunjur kekal dalam julat kecil 4.65 hingga 4.66,” katanya.

Di dalam negara, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari akan diadakan hari ini dengan pasaran menjangkakan tiada perubahan dalam kadar dasar semalaman (OPR).

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 5.0074/0122 daripada 5.0088/0131 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1611/1644 daripada 3.1670/1699 tetapi susut nilai berbanding pound Britain kepada 5.8660/8717 daripada 5.8534/8585.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit diniagakan rendah.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4299/4334 daripada 3.4238/4272 pada penutupan urus niaga Selasa, turun berbanding baht Thai menjadi 13.1414/1592 daripada 13.1388/1567, lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 305.8/306.3 daripada 305.2/305.6 dan mendatar berbanding peso Filipina pada 8.19/8.22 daripada 8.19/8.21. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 306 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat