Petronas syarikat swasta pertama guna rangkaian 5G sendiri

KUALA LUMPUR: Petronas menjadi syarikat swasta pertama yang menggunakan rangkaian persendirian 5G secara komersial di Malaysia.

Rangkaian itu ketika ini digunakan oleh syarikat minyak dan gas nasional bagi kemudahannya di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka.

Penerimagunaan 5G yang disokong Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu dijangka mampu mengoptimumkan operasi dalamannya serta menjadi pendorong kepada perubahan industri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelancaran 5G persendirian oleh Petronas itu juga selari dengan aspirasi di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang menetapkan teknologi sebagai pemangkin kepada negara yang maju dan makmur.

“Ketika kerajaan memulakan perjalanan transformatif ini, adalah penting untuk mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh teknologi termaju, ketersambungan pantas 5G, kependaman rendah dan kapasiti untuk mengendalikan aliran data yang besar, yang akan memperkasakan industri untuk berinovasi, bersaing dan cemerlang pada skala global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Rangkaian Persendirian 5G Komersial Pertama di Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri KKD, Fahmi Fadzil dan Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Datuk Bacho Pilong.

Datuk Seri Fadillah Yusof ketika berucap melancarkan Rangkaian Persendirian 5G Komersial Pertama di Malaysia di ibu negara pada 6 Oktober 2023. – Gambar Facebook Fadillah Yusof

SKMM bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan mudah alih untuk menggunakan rangkaian kendiri 5G yang akan memupuk lebih banyak pembangunan merentas industri di Malaysia.

Sehingga September 2023, liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk mencapai 70.2%, dengan langganan 5G berjumlah 2.49 juta atau sekitar 7.4%.

Penggunaan rangkaian persendirian 5G Petronas menetapkan peringkat lebih jauh untuk kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta dalam menggunakan sepenuhnya potensi teknologi 5G.

Selain itu, melalui Ekonomi MADANI dan NIMP 2030, fokus akan diberikan untuk memupuk bakat tempatan dalam memastikan tenaga kerja memiliki kemahiran yang mencukupi dan kepakaran untuk memacu masa depan digital.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, pujian diberikan kepada Petronas atas pandangan jauh dan komitmen mereka terhadap kemajuan Malaysia.

“Dalam hal ini, saya ingin memuji Fahmi Fadzil, kerana komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi dan fokus untuk mengemudi usaha 5G negara,” katanya.

Sementara itu, Bacho berkata, penggunaan rangkaian persendirian 5G di RTGSU Melaka telah meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi, menyokong perniagaannya dan sasaran kemampanan, lapor Berita Harian.

“Penggunaan strategik teknologi 5G kami meletakkan kami di hadapan dalam industri tenaga.

“Dengan menggabungkan 5G bersama internet kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI) dan automasi, kami meletakkan Petronas sebagai antara peneraju dalam perlumbaan teknologi global.

“Di samping itu kami akan memastikan akan dapat membekalkan rumusan tenaga yang selamat, boleh dipercayai, dioptimumkan kos dan pelepasan tenaga untuk Malaysia dan pelanggan global,” katanya.

Coelho

Related Posts

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

Pendapatan Terealisasi Sebelum Cukai Meningkat 69%, Disokong Pendapatan Hartanah Bersih dan Pengurangan Kos Pinjaman KUALA LUMPUR, 23 Mei 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) melaporkan keputusan kewangan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

  • May 28, 2025
Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

  • May 28, 2025
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo