Idris Harun Pengerusi AmanahRaya baharu

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) berkuat kuasa hari ini.

AmanahRaya dalam satu kenyataan berkata, perlantikan Idris akan membantu meningkatkan prestasi dan keupayaan kumpulan yang juga syarikat pemegang amanah utama di Malaysia.

“AmanahRaya percaya dengan pengalaman luas dan kecemerlangan Idris dalam bidang perundangan akan membawa kumpulan ke arah peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Idris sebelum ini dilantik sebagai Peguam Negara bermula pada Mac 2020 dan berkhidmat sehingga bersara pada September 2023.

Beliau memulakan kerjaya dalam sektor perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara sebelum menjadi Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selepas itu, Idris berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan kerajaan sebelum menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu; Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Penggubal Undang-Undang Parlimen.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada April 2006 dan menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada September 2014 serta Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018 sehinggalah dilantik sebagai Peguam Negara.

Idris yang mempunyai pengalaman lebih 42 tahun dalam bidang perundangan memegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya.

Coelho

Related Posts

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Zetrix AI Bhd menutup sepenuhnya pelaburannya dalam HeiTech Padu Bhd selepas anak syarikat milik penuhnya melupuskan 27.5 juta saham, bersamaan 16.9% kepentingan dalam syarikat teknologi…

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Advance Information Marketing Berhad (AIM) mengecilkan rangkaian farmasi runcitnya kepada hanya empat cawangan selepas perniagaan berkenaan terus berdepan kerugian dan tekanan persaingan. Menurut makluman syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026