Nilai ringgit terus meningkat

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat dan dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas hasil Perbendaharaan AS susut berikutan komen daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed), kata seorang penganalisis.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan menambah nilai untuk mencapai paras 4.7195/7240 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa 4.7255/7310.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata hasil Perbendaharaan AS jatuh 12 mata asas selepas Presiden Fed Bank Atlanta, Raphael Bostic, berkata bank pusat tidak perlu menaikkan lagi kadar faedah penanda aras, dan beliau menjangka tiada kemelesetan pada masa hadapan.

Sehubungan itu, indeks dolar AS (DXY) merosot daripada 106.22 mata kepada 105.76 mata, katanya.

“Justeru, terdapat peluang ringgit akan meningkat berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, konflik Israel-Palestin akan dipantau dengan teliti kerana pemain pasaran bimbang tentang skala konflik berkenaan, katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, menyaksikan mata wang tempatan mengukuh kepada 5.0083/0131 daripada 5.0095/0153 pada penutupan Selasa.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen kepada 3.1768/1801 daripada 3.1740/1779 semalam dan lemah berbanding pound Britain pada 5.8050/8105 daripada 5.7982/8049 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.9344/9517 daripada 12.8571/8773 dan rendah berbanding dolar Singapura pada 3.4644/4679 daripada 3.4619/4662 semalam.

Sementara itu, ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.3 daripada 300.1/300.8 dan kekal berbanding peso Filipina pada 8.31/8.33. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Malacca Securities Nilai Saksama ENEST Pada RM0.16, Potensi Kenaikan 23.1% Berbanding Harga IPO

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Malacca Securities Research menetapkan nilai saksama RM0.16 sesaham bagi bakal syarikat tersenarai Pasaran ACE, Enest Group Berhad (ENEST), mewakili potensi kenaikan 23.1% berbanding harga Tawaran…

HELIOS SOLAR AG Lancar IPO bernilai sehingga EUR30.4 Juta, perkukuh peluasan Asia dan Eropah

MUNICH, — HELIOS SOLAR AG secara rasmi melancarkan tempoh langganan bagi Tawaran Awam Permulaan (IPO), menawarkan peluang kepada pelabur untuk melanggan saham syarikat pada harga tetap EUR4.00 sesaham menjelang penyenaraiannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras