Saham Minox bermula cemerlang di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Minox International Group Bhd, pengedar sanitari keluli tahan karat, tiub dan kelengkapan memulakan dagangan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 31.5 sen, premium 26 peratus berbanding harga terbitan 25 sen dengan pembukaan jumlah dagangan 27.73 juta saham.

Minox dalam satu kenyatan berkata, ia dikategorikan di bawah produk dan perkhidmatan perindustrian, nama saham MINOX dengan kod saham 0288.

Pengarah Urusan Minox, Cheong Chee Son, berkata syarikat itu bermotivasi untuk terus maju dan melaksanakan strategi pertumbuhan pelbagai serampang berikutan sambutan hangat daripada pelabur.

“Modal baharu berjumlah RM22.5 juta yang diperoleh menerusi tawaran awam permulaan (IPO) meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh untuk melaksanakan rancangan. Kami akan memperkenalkan kelengkapan vakum dan injap baharu yang direka khusus untuk barisan pengeluaran semikonduktor dan membina gudang keempat di Puchong, Selangor untuk menampung jumlah jualan lebih tinggi.

“Di luar negara, kami sedang menyediakan gudang baharu di Singapura untuk menyimpan kelengkapan vakum dan injap baharu kami untuk industri semikonduktor serta menyimpan inventori yang memenuhi keperluan pelanggan di negara itu dan luar negara.

“Langkah ini akan membantu meningkatkan kehadiran kami dalam industri semikonduktor, menambah kapasiti inventori dan terus mengembangkan perniagaan,” katanya.

Syarikat itu berkata, daripada jumlah RM22.5 juta hasil yang diperoleh daripada IPO, 57.9 peratus akan digunakan ke arah pengembangan perniagaan, RM4 juta (17.8 peratus) untuk pembangunan dan penggunaan produk, RM4 juta lagi untuk pembinaan gudang dan RM5 juta (22.3 peratus) bagi penubuhan gudang baharu di Singapura.

Ia berkata, baki hasil diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank, modal kerja am dan anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Melangkah ke hadapan, Chee Son berkata beliau yakin industri injap dan kelengkapan kebersihan akan terus berkembang, didorong oleh peningkatan populasi.

“Apabila populasi bertambah, begitu juga permintaan untuk makanan dan minuman, produk farmaseutikal dan elektronik canggih…semuanya memberi petunjuk baik untuk perniagaan kami,” katanya.

Penyelidikan pasaran bebas dilakukan oleh Protege Associates Sdn Bhd mengunjurkan industri injap sanitari dan kelengkapan di Asia Pasifik berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 6.1 peratus kepada AS$825.6 juta pada 2027 daripada AS$643 juta pada 2023.

Setakat 12.02 tengah hari, Minox merupakan saham paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia, naik 12 sen kepada 37 sen dengan 223.03 juta saham bertukar tangan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

KUALA LUMPUR, 27 September — Sapura Resources Bhd kembali mencatat keuntungan pada suku kedua berakhir 31 Julai 2026 apabila memperoleh untung bersih RM1.82 juta, berbanding kerugian bersih RM4.81 juta dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat