PM sahkan akan hadir sidang APEC di San Francisco

  • News
  • November 7, 2023

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan hadir ke sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Beliau berkata, biarpun ada desakan supaya tidak hadir persidangan tersebut, beliau perlu menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi.

“Jadi apakah disebabkan negara kita tidak bersetuju dengan isu (Palestin) ini, (kita) tidak akan hadir?

“Bagi saya keutamaan juga menjaga hubungan diplomatik dan keamanan walaupun tidak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong perjuangan hak rakyat Palestin.

“Maka setakat ini, saya memutuskan untuk hadir pesidangan APEC yang dihadiri oleh semua negara Asia atas undangan Presiden (AS, Joe) Biden ke San Francisco,” katanya, lapor Malaysia Post yang memetik laporan Berita Harian.

Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik, yang mana tahun ini, ia akan bersidang di San Francisco bermula 11 hingga 17 November ini.

Anwar berkata, sudah tentu keputusannya itu tidak akan menyenangkan sebahagian pihak kerana sebagai Perdana Menteri, beliau juga perlu menjaga kepentingan Malaysia.

“Keputusan ini mungkin tidak menyenangkan sebahagian pihak dan kalau ya pun, janganlah menghukum saya sebagai pro Israel (hanya) kerana hadir persidangan ini.

“Sebagai Perdana Menteri, saya kena jaga kepentingan negara ini dan keselamatannya, ekonominya, kesenangannya dan tentu tidak berganjak menyatakan sikap saya (dalam isu Palestin),” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengajak semua pihak termasuk parti politik tidak mempolemikkan isu Palestin, sebaliknya mencari cara membantu negara tersebut.

“Saya lihat kadang-kadang polemik parti dan golongan ekstrem agak melampau, sudahlah, dalam isu Gaza ini, kita berpakatlah bersama, orang dibunuh, anak-anak kecil mati, fikirlah bersama bagaimana nak membantu.

“(Ini) nak cari political score and point (mata politik) , its sickening (menjengkelkan), nak kecam orang itu, (kata) orang itu tak bagus, saya sahaja bagus dan itu keadaan politik sudah hampir menyesatkan sehingga hilang pertimbangan,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 22 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 37 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis