Dagangan ringgit bermula dengan baik hari ini

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan pagi ini meskipun data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang dikeluarkan AS dan Kesatuan Eropah (EU) bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6775/6795 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6875 pada penutup Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata PMI Komposit EU lebih tinggi pada November 2023, meningkat 47.1 mata daripada 46.5 mata sebelumnya.

Di AS, PMI pula kekal pada 50.7 mata pada November 2023 disokong oleh peningkatan dalam sektor perkhidmatan, diikuti dengan sektor pembuatan.

“Walaupun indeks kelihatan semakin bertambah baik, kebanyakan tinjauan menunjukkan bahawa firma mengurangkan jumlah pekerja mereka untuk meminimumkan kos overhed,” katanya kepada Bernama.

Bagi Malaysia, Mohd Afzanizam berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) terkini menyederhana kepada 1.8 peratus tahun ke tahun menunjukkan kadar faedah sebenar telah meningkat daripada hanya 0.2 peratus pada Mei 2023 kepada 1.2 peratus pada Oktober 2023 .

Oleh itu, dasar monetari menjadi terhad secara beransur-ansur, membayangkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) selanjutnya adalah tidak wajar, katanya.

“Memandangkan ini, ringgit berbanding dolar AS diunjur berada dalam julat RM4.67 hingga RM4.69 hari ini,” katanya.

Pada awal dagangan, nilai ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro pada 5.1108/1152 daripada 5.1059/1108 Jumaat lalu, turun berbanding pound Britain kepada 5.8893/8943 daripada 5.8767/8823 dan rendah sedikit berbanding yen Jepun pada 3.1297/1326 daripada 3.1295/1327 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.3/300.7 daripada 300.8/301.3 dan tinggi sedikit berbanding peso Filipina pada 8.44/8.45 daripada 8.45/8.46 akhir minggu lalu.

Namun begitu, ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4907/4940 daripada 3.4903/4940 dan rendah berbanding baht Thai pada 13.2357/2534 daripada 13.1949/2139 sebelumnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025