Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini berikutan kekurangan permintaan selepas Indeks Dolar AS (DXY) terus mengukuh.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.6645/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6600 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat kepada 103.712 mata malam tadi daripada 103.268 mata pada Jumaat minggu lepas kerana pasaran kelihatan terlalu yakin terhadap potensi pengurangan kadar oleh Rizab Persekutuan AS tahun depan.

Beliau berkata aset berisiko seperti ekuiti juga lebih rendah dengan S&P500 jatuh 0.54 peratus untuk ditutup pada 4,569.78 mata.

Nota Perbendaharaan AS bertempoh matang dua dan 10 tahun ditutup lebih tinggi – iaitu masing-masing 10 mata asas kepada 4.64 peratus dan 6.0 mata asas kepada 4.25 peratus.

“Oleh itu, gandingan dolar-ringgit mungkin berlegar ke arah RM4.66 hari ini. Paras rintangan serta-merta adalah pada RM4.6611,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat nilai berbanding euro kepada 5.0573/0632 daripada 5.0623/0677 pada penutup Isnin dan lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.8969/9038 berbanding 5.8997/9061 sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1718/1758 daripada 3.1751/1787 semalam.

Sementara itu, ringgit mempamerkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Nilai mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.4883/4926 daripada 3.4882/4925 pada Isnin, mengukuh berbanding baht Thailand untuk mencatatkan paras 13.2499/2727 daripada 13.3183/3368 sebelumnya, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.6/302.1 daripada 300.9/301.5 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.43 daripada 8.41/8.42. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 308 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat