Ringgit rendah menjelang mesyuarat pertama BNM tahun ini

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila kebanyakan peniaga menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang pertama bagi 2024, dijadual diadakan pada 23 dan 24 Januari.

Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7350/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7335 ketika ditutup pada Isnin.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata tumpuan utama bagi minggu ini adalah mesyuarat bank pusat di beberapa negara termasuk Malaysia dan Jepun serta zon euro.

“Walaupun dijangka tiada perubahan ketara dilakukan terhadap dasar monetari pasaran maju namun, angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang kukuh bagi suku keempat mungkin mendorong kadar faedah AS mengalami kenaikan sederhana, sekali gus menawarkan sedikit sokongan kepada mata wang itu.

“Peniaga akan mengikuti rapat perkembangan ini untuk menilai impaknya terhadap ringgit dan mata wang negara lain,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata, kebanyakan peniaga juga memantau dengan teliti data makroekonomi AS yang akan datang, termasuk KDNK suku keempat (dijangka pada 25 Januari) dan deflator Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS (26 Januari).

“Angka ini berpotensi membentuk jangkaan mengenai potensi penurunan kadar faedah AS pada Mac, yang seterusnya boleh melemahkan dolar AS dan mengukuhkan ringgit,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik susut berbanding yen Jepun kepada 3.1972/2008 daripada 3.1918/1957 ketika ditutup pada Isnin, dan rendah berbanding pound Britain kepada 6.0196/0260 daripada 6.0065/0134.

Mata wang tempatan juga diniagakan lemah berbanding euro kepada 5.1526/1581 daripada 5.1516/1576 semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5291/5331 daripada 3.5252/5298 ketika ditutup semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2931/3131 daripada 13.2493/2706.

Ringgit rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.7/303.2 daripada 302.3/302.8 pada Isnin namun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.40/8.42. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026