Khazanah Nasional sasar pelaburan RM180 juta menerusi program Future Malaysia Dana Impak

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd melancarkan sebuah inisiatif di bawah Dana Impak dikenali sebagai ‘Future Malaysia Programme’ yang menyasarkan pelaburan awal kira-kira RM180 juta melalui kerjasama dengan pengurus modal teroka tempatan dan antarabangsa terkemuka serta program usaha sama korporat berpusat di Malaysia.

Selaras dengan usaha ini, Khazanah mengumumkan kerjasama dengan dana modal teroka Gobi Partners, pengurus modal teroka pan-Asia dan 500 Global, pengurus modal teroka antarabangsa.

Kedua-duanya adalah antara pengurus modal teroka paling aktif dengan rekod prestasi pelaburan yang meluas dan kepakaran untuk penciptaan nilai di Malaysia.

Jejak antarabangsa dan rangkaian mereka bertindak sebagai penghubung kepada kumpulan dana teroka serantau untuk melabur dalam syarikat Malaysia, dan bagi syarikat pemula Malaysia untuk berkembang di peringkat antarabangsa, dengan jangkaan untuk menjadi juara serantau.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, pihaknya bermula dengan ekosistem pemula, yang merupakan sumber utama bidang keusahawanan, pekerjaan, inovasi dan pelaburan untuk negara.

Katanya, pelbagai potensi penyelesaian bagi menangani cabaran-cabaran yang dikenal pasti di bawah tema-tema Dana Impak telah ditemui dalam kalangan syarikat peringkat awal, yang memerlukan suntikan modal berisiko pada peringkat yang berbeza sepanjang usaha sama, untuk memperkembangkan inovasi dan perniagaan.

“Program ini juga bertujuan untuk memacu kerjasama korporat strategik dalam ekosistem modal teroka Malaysia untuk memupuk perkongsian idea dan meningkatkan nilai perniagaan dengan cara yang lebih holistik,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Melalui penumpuan terhadap dua tema Dana Impak iaitu Masyarakat Digital & Hab Teknologi dan Persaingan di Pasaran Global, Future Malaysia Programme dapat memantapkan usaha Khazanah dalam menemukan dan mengasah potensi para usahawan permulaan dan syarikat-syarikat pemula, melalui penyediaan sokongan strategik yang diperlukan untuk berkembang.

Future Malaysia Programme menandakan pencapaian penting bagi Dana Impak dalam meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia dan dalam membina daya tahan negara, sambil menyampaikan manfaat dan impak sosioekonomi kepada rakyat.

Selaras dengan Belanjawan 2023, Khazanah komited untuk memainkan peranan penting, bersama-sama dengan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) yang lain, dalam penyaluran dana modal kepada syarikat-syarikat pemula berpertumbuhan tinggi di Malaysia, bagi mendorong inovasi dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Dari segi kerjasama korporat pula, Khazanah telah menjadi rakan korporat bagi program pemecut teknologi, Petronas FutureTech 3.0, yang mana sejajar dengan hala tuju Khazanah untuk memupuk kerjasama korporat dan ekosistem pemula yang dipacu teknologi, dengan memupuk kerjasama erat bagi memanfaatkan kepakaran merentas industri, selain meningkatkan nilai perniagaan.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    • July 13, 2026
    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    • July 12, 2026
    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    • July 12, 2026
    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    • July 10, 2026
    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    • July 10, 2026
    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    • July 9, 2026
    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras