Ringgit dibuka tinggi selepas AS umum kadar faedah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 5.5 peratus.

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7280/7325 daripada dolar AS berbanding 4.7305/7355 semasa ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup semalam bersempena dengan cuti umum Hari Wilayah Persekutuan.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata menilainya dari perspektif teknikal, gandingan mata wang USD/MYR mencapai paras rintangan yang signifikan pada carta harian, khususnya pada 4.7300.

“Indeks Kekukuhan Relatif (RSI) baru-baru ini melepasi ambang 70, menunjukkan pembeli mungkin tidak bersemangat selepas trend meningkat yang diperhatikan sejak beberapa hari lalu.

“Sekiranya harga berjaya menembusi di bawah 4.7200, terdapat kemungkinan bahawa dolar AS boleh merosot kepada sekitar 4.6500 dalam tempoh beberapa hari,” katanya.

Beliau berkata, pelabur juga dijangka memantau rapi pengeluaran data pembayaran gaji bukan ladang AS memandangkan data pekerjaan berperanan penting untuk menentukan keputusan dasar monetari Fed.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2319/2350 daripada 3.2021/2057 semasa ditutup pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 6.0268/0325 daripada 5.9935/9999 sebelum ini, dan menyusut berbanding euro kepada 5.1408/1456 daripada 5.1198/1252 sebelum ini.

Malah, mata wang tempatan diniagakan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5371/5407 daripada 3.5302/5342 semasa ditutup pada Rabu dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.3726/3913 daripada 13.3321/3511 sebelum ini.

Ia rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.3 berbanding 299.6/300.2 pada Rabu dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.46 daripada 8.40/8.41 sebelum ini. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Pelabur Global Kembali Optimis Terhadap Bursa Malaysia, Catat Belian Bersih RM95.2 Juta

KUALA LUMPUR — Sentimen pelabur asing terhadap pasaran saham tempatan dilihat kembali pulih apabila mereka kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut merekodkan aliran…

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

AIZO Catat Pemulihan Prestasi, Kerugian Semakin Mengecil

  • May 24, 2026
AIZO Catat Pemulihan Prestasi, Kerugian Semakin Mengecil

Berjaya Food Berhad Terus Menambah Koleksi Kerugian, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

  • May 22, 2026
Berjaya Food Berhad Terus Menambah Koleksi Kerugian, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

JAG Berhad Kembali Untung, Hasil Hampir RM65 Juta Dipacu Segmen Rawatan Sisa Industri

  • May 22, 2026
JAG Berhad Kembali Untung, Hasil Hampir RM65 Juta Dipacu Segmen Rawatan Sisa Industri

Mahkamah Tolak Permohonan SPRM Bekukan Akses Aset RM548 Juta Milik Na’imah dan Anak

  • May 22, 2026
Mahkamah Tolak Permohonan SPRM Bekukan Akses Aset RM548 Juta Milik Na’imah dan Anak

Teng Chang Khim dilantik sebagai Pengerusi SME Corp Malaysia yang baharu

  • May 19, 2026
Teng Chang Khim dilantik sebagai Pengerusi SME Corp Malaysia yang baharu

Syed Mokhtar Albukhary kini pemegang saham utama EcoWorld

  • May 18, 2026
Syed Mokhtar Albukhary kini pemegang saham utama EcoWorld