HSS Engineers terima kontrak khidmat rundingan daripada Pengurusan Aset Air bernilai RM9.51 juta

KUALA LUMPUR: HSS Engineers Berhad (HEB) menerusi syarikat bersekutunya, SMHB Sdn. Bhd. (SMHB) menerima surat anugerah (LoA) daripada Pengurusan Aset Air Berhad bernilai RM9.51 juta.

Projek itu adalah bagi menyediakan perkhidmatan perundingan kejuruteraan.

Ia melibatkan projek cadangan menaik taraf sistem bekalan air di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang Op4-22 – Fasa 1.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata perkhidmatan perundingan itu bermula 19 Februari 2024 dan dijangka siap pada Julai 2027.

Katanya, kerja-kerja perkhidmatan tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan HEB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hingga 31 Disember 2027.

“Pembangunan itu juga dijangka tidak memberi kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang utama dalam Kumpulan HEB,” jelasnya.

Menurut HEB, perkhidmatan ini dijangka dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman luar.

Kumpulan HEB juga memaklumkan mereka mempunyai rekod prestasi dan kepakaran dalam melaksanakan projek tersebut.

“Oleh itu, Lembaga Pengarah percaya bahawa Kumpulan HEB mampu mengurangkan faktor risiko,” kata makluman itu.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis