Rombak industri sawit supaya terus mapan – Johari

KUALA LUMPUR: Industri sawit di Malaysia perlu dirombak, termasuk memastikan penglibatan serta kerjasama semua pihak terbabit bagi menjamin kelangsungan kemampanan sektor itu di masa akan datang.

Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kalangan peserta industri dan pekebun kecil perlu bekerjasama agar industri itu dapat dimajukan tanpa membabitkan peruntukan yang banyak daripada kerajaan.

“Banyak isu kena selesai…bukan sahaja membabitkan kementerian, tetapi juga pemain-pemain industri termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felcra Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

“Mereka ini kena kuat dan kukuh supaya pekebun kecil boleh bergantung kepada mereka. Jika tidak, ini hanya menyukarkan pekebun kecil dan boleh menjejaskan pendapatan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Mengulas selanjutnya, Johari turut menekankan kepentingan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada bagi menarik minat pembelian produk lengkap serta bahan mentah dalam jangka panjang.

Selain itu, persepsi terhadap pekerjaan dalam industri itu juga perlu diubah, terutama dalam kalangan generasi muda.

“Sebagai contoh anak muda dari kalangan keluarga peneroka sudah tentu mempunyai asas dalam industri itu. Justeru, apa diperlukan adalah latihan profesional menerusi pendidikan tinggi vokasional dan industri (TVET) yang dapat melahirkan golongan profesional industri ini di masa depan,” katanya.

Malah, usaha sedemikian akan turut membantu menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam industri berkenaan, katanya.

Ini penting berikutan kekurangan kira-kira 40,000 pekerja asing dalam sektor sawit terbukti memberi impak besar terhadap hasil dengan kerugian nilai eksport Malaysia dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion.

Menyentuh isu Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), Johari berkata kerajaan sentiasa peka dengan peraturan berkaitan dalam usaha menghasilkan minyak sawit yang berkualiti dan terbukti mampan.

“Saya mahu lihat setiap ladang di Malaysia adalah bertaraf dunia dan ini memerlukan semua pihak mematuhi garis panduan serta peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Johari berkata Dasar Agrikomoditi 2030 pula menyaksikan penglibatan kerajaan dari segi memelihara alam sekitar serta meningkatkan produktiviti dan melindungi hak pekerja terbabit.

Tindakan positif sedemikian mampu meningkatkan nilai eksport minyak sawit selain menarik pelaburan ke dalam negara ini, kata beliau. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

PEOPLElogy Raih Sokongan Penuh Pemegang Saham, Semua Resolusi AGM Kedua Diluluskan

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 — PEOPLElogy Berhad memperoleh sokongan penuh daripada para pemegang saham apabila semua resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kedua (AGM Ke-2) syarikat itu diluluskan.…

SumiSaujana Raih Sokongan Penuh Pemegang Saham, Semua Resolusi AGM Kedua Diluluskan

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 — SumiSaujana Group Berhad berjaya memperoleh sokongan penuh para pemegang saham apabila semua resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kedua (AGM Ke-2) syarikat itu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

HSS Holdings catat permulaan stabil di Pasaran ACE, sasar perluas kapasiti pengeluaran

  • June 23, 2026
HSS Holdings catat permulaan stabil di Pasaran ACE, sasar perluas kapasiti pengeluaran

Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

PEOPLElogy Raih Sokongan Penuh Pemegang Saham, Semua Resolusi AGM Kedua Diluluskan

  • June 23, 2026
PEOPLElogy Raih Sokongan Penuh Pemegang Saham, Semua Resolusi AGM Kedua Diluluskan

SumiSaujana Raih Sokongan Penuh Pemegang Saham, Semua Resolusi AGM Kedua Diluluskan

  • June 23, 2026
SumiSaujana Raih Sokongan Penuh Pemegang Saham, Semua Resolusi AGM Kedua Diluluskan

Propel Global lancar Projek Komersial RM64 Juta di Kuantan, langkah pertama dalam sektor hartanah

  • June 22, 2026
Propel Global lancar Projek Komersial RM64 Juta di Kuantan, langkah pertama dalam sektor hartanah

Harga MSM Dijangka Kekal Kukuh, Berpotensi Kekal Atas Paras RM4,500 Setan

  • June 20, 2026
Harga MSM Dijangka Kekal Kukuh, Berpotensi Kekal Atas Paras RM4,500 Setan