Nilai bitcoin cecah rekod tertinggi dalam sejarah

WASHINGTON/LONDON: Bitcoin mencecah paras rekod tertinggi melebihi AS$72,000 (RM337,046), dengan lonjakan mata wang kripto terbesar itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk perlahan.

Bitcoin ditutup meningkat 4.4 peratus kepada AS$72,649 (RM340,084) selepas mencecah paras tinggi AS$72,739 (RM340,505).

Mata wang kripto paling berharga di dunia itu dirangsang oleh kemasukan tunai ke dalam dana dagangan pertukaran bitcoin spot baharu dan harapan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan kadar faedah tidak lama lagi.

“Lonjakan nilai bitcoin baru-baru ini, menekankan kekuatan dan daya tahan yang luar biasa bagi mata wang kripto terkemuka itu. Pencapaian ini bukan sahaja menandakan peristiwa penting tetapi juga mencerminkan keyakinan dan permintaan yang berterusan dalam pasaran,” kata penganalisis Bitfinex dalam nota penyelidikan.

Aliran modal ke dalam 10 dana dagangan bursa bitcoin spot Amerika Syarikat (AS) yang terbesar memperlahan ke paras terendah dua minggu bagi minggu sehingga 8 Mac, tetapi masih mencecah hampir AS$2 bilion (RM9.36 bilion), demikian menurut data LSEG.

“Bitcoin telah memulakan minggu ini dengan lonjakan, membawa seluruh ruang mata wang kripto lebih tinggi bersamanya,” kata Pakar Strategi DailyFX, Nick Cawley.

Bekalan bitcoin, yang dihadkan kepada 21 juta token, ditetapkan untuk menjadi lebih ketat pada bulan April, apabila peristiwa yang dipanggil ‘halving’ berlaku.

Setiap empat tahun, kadar bekalan baharu yang dikeluarkan ke dalam edaran serta ganjaran untuk pelabur kripto dikurangkan sebanyak separuh, sekali gus cenderung menyokong harga.

Memandangkan bitcoin berusia kurang daripada dua dekad sebagai aset kewangan, unjuran mengenai trajektori harga mata wang kripto itu sangat mencabar.

Badan pemantau kewangan Britain menjadi pengawal selia terkini membuka jalan kepada produk dagangan aset digital selepas ia akan membenarkan bursa pelaburan yang diiktiraf untuk melancarkan nota dagangan bursa disokong kripto.

Penguasa Kelakuan Kewangan (FCA) dalam satu kenyataan berkata, pengawal selia United Kingdom (UK) dilaporkan berkata, produk berkenaan hanya tersedia untuk pelabur profesional seperti firma pelaburan dan institusi kredit yang diberi kuasa untuk beroperasi dalam pasaran kewangan.

FCA bagaimanapun memberi amaran bahawa nota dagangan pertukaran kripto (ETN), iait bon yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang menjejaki prestasi aset asas, boleh membahayakan pelabur runcit.

Namun, permintaan tetap semakin meningkat di seluruh komuniti pelaburan. – REUTERS

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi