Tiada pengeluaran nadir bumi haram di hutan simpan Lipis, MB Pahang jawan kenyataan Nik Nazmi

  • News
  • March 13, 2024

KUANTAN: Kerajaan Pahang menafikan sekeras-kerasnya berlaku aktiviti pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis sepertimana kenyataan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad di Parlimen, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menyifatkan kenyataan itu kurang tepat kerana tiada sebarang aktiviti pengeluaran bahan nadir bumi secara haram di daerah Lipis meskipun terdapat cubaan untuk kegiatan itu.

“Olehh itu, saya berharap fakta ini dapat diperbetulkan kerana kenyataan semalam menjejaskan nama baik Pahang, lebih-lebih lagi Kerajaan Pahang sejak lima tahun lalu begitu tegas melaksanakan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti pencerobohan tanah secara haram termasuk kegiatan perlombongan, daripada berleluasa,” katanya dalam satu kenyataa, hari ini.

Beliau berkata, hasil maklumat dan intipan dilakukan, Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 20 Mac 2023 telah mengesan serta menjumpai satu lokasi yang cuba dijadikan kawasan lombong nadir bumi berdasarkan peralatan yang ditemui.

“Susulan penemuan itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Pahang telah menjalankan pemeriksaan tapak di lokasi itu pada 23 Mac 2023. Hasil siasatan mendapati penemuan peralatan dan barang-barang makmal yang digunakan itu menunjukkan kawasan terbabit adalah untuk melombong nadir bumi.

“Bagaimanapun, tiada aktiviti pengeluaran dikesan dan semua peralatan berkenaan telah dirampas oleh pihak berkuasa,” katanya.

Bahkan susulan itu, Wan Rosdy berkata, UPNP bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penguat Kuasa Perhutanan Zon Pahang Barat telah melakukan pemantauan berkala dari 3 Mei 2023 hingga 15 Februari 2024 di kawasan Pahang Barat.

Beliau berkata, hasil pemantauan berkenaan mendapati tiada sebarang aktiviti perlombongan nadir bumi berlaku di kawasan terbabit.

Pada sidang itu, Nik Nazmi ketika menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur), berkata kira-kira 16,000 tan nadir bumi oksida dilombong secara haram di beberapa negeri di Malaysia dan dieksport ke China.

Nik Nazmi dilaporkan berkata, perlombongan haram itu dijalankan di hutan simpan di Sik, Kedah; Lipis, Pahang; Pengkalan Hulu dan Kuala Kangsar, Perak; serta di tanah milik persendirian di daerah Meranti dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028