Negara hilang RM277 bilion akibat rasuah – Azam Baki

PUTRAJAYA: Negara kehilangan sejumlah RM277 bilion akibat rasuah dalam tempoh lima tahun bermula 2018 hingga 2023.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, berkata kerugian itu adalah berdasarkan perkiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata, RM277 bilion itu adalah angka yang terlalu besar dan seharusnya diselamatkan dan digunakan untuk membantu rakyat dan meningkat infrastruktur awam.

“Angka yang cukup besar ini sewajarnya boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat dalam pekbagai aspek terutuamanya pelaksanaan projek sosial seperti baik pulih hospital dan sekolah.

“Malangnya nilai ini tiris akibat rasuah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 oleh Perdana Menteri.

Yang turut hadir dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Azam berkata, Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang dilancarkan hari ini perlu memberi impak dan dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan metodologi bagi mengenal pasti bidang-bidang yang terdedah kepada risiko terkini rasuah dalam negara.

“Antaranya adalah melalui dapatan penyelidikan sektor-sektor yang cenderung kepada rasuah, salah guna kuasa, ketirisan, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran serta tatakelola yang telah dibentangkan dalam Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah, tahun lalu,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 195 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 140 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis