Go Hub Capital terima kelulusan Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR: Go Hub Capital Berhad, mengumumkan hari ini bahawa ia telah menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securitires Berhad untuk disenaraikan di Pasaran ACE.

Syarikat penyedia teknologi maklumat (IT) pengangkutan, itu berkata tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu terdiri daripada terbitan awam sebanyak 107.18 juta saham biasa baharu dalam Go Hub.

Daripada jumlah itu, 20 juta saham tersedia untuk orang awam Malaysia, sebanyak 12 juta pula dikhaskan untuk pengarah dan pekerja yang layak, dan 75.18 juta ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur insitusi dan terpilih.

“IPO ini tidak melibatkan tawaran jualan dan penempatan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memandangkan syarikat pengendali, NSS IT Solution Sdn Bhd berstatus MSC Malaysia (kini dikenali sebagai Status Digital Malaysia),” kata syarikat itu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Go Hub, Tan Cherng Thong, berkata penyenaraian di Pasaran ACE menandakan pencapaian penting untuk Go Hub untuk terus mengembangkan kehadiran pasaran syarikat itu dalam segmen pengangkutan tempatan.

“Ini sejajar dengan visi strategik kami untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam tempatan kami melalui inovasi berterusan dan penyepaduan lancar pelbagai mod sistem pengangkutan awam dengan matlamat untuk meningkatkan pengalaman berulang-alik harian (dengan kebolehpercayaan, kemudahan dan kecekapan).

“Kami juga berhasrat untuk terus meningkatkan penawaran penyelesaian kami dan memberikan nilai yang lebih besar kepada pemegang kepentingan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd, David Lim, berkata, “Kami teruja untuk menyokong Go Hub dalam cita-cita pertumbuhannya, dan kami percaya bahawa masa kini sesuai untuk mereka memanfaatkan pasaran IPO untuk dana.

“Sejak penubuhannya, Go Hub telah menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa dan komitmen terhadap inovasi untuk merevolusikan sistem pengangkutan awam tempatan kami.

“Memandangkan rekod prestasinya yang mantap dan terbukti serta pengetahuan teknikal, kami amat percaya bahawa Go Hub bersedia untuk berkembang dan mengembangkan lagi jejaknya dalam rangkaian pengangkutan awam kami.

“IPO ini merupakan peristiwa penting yang menandakan trajektori ke hadapan yang menjanjikan untuk Go Hub kerana dana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan terutamanya untuk meletakkan asas yang kukuh untuk pengembangan perniagaan Go Hub selanjutnya,” ujarnya

Dalam pada itu, menurut Go Hub perolehan daripada IPO akan diperuntukkan secara strategik untuk meningkatkan dan mengembangkan operasi Syarikat, dengan tumpuan utama untuk mengembangkan keupayaan teknikal dan operasinya serta untuk menyokong pengembangannya kepada segmen pasaran baharu.

“UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd (“UOBKH”) ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk Go Hub.

“Kepakaran dan sokongan UOBKH memainkan peranan penting dalam menavigasi kerumitan IPO Go Hub, memastikan penyenaraian yang berjaya yang akan memberi manfaat kepada pihak berkepentingan Syarikat dan menyumbang kepada kejayaan jangka panjang Go Hub,” ujar syarikat itu.

Coelho

Related Posts

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

KUALA LUMPUR, 27 September — Sapura Resources Bhd kembali mencatat keuntungan pada suku kedua berakhir 31 Julai 2026 apabila memperoleh untung bersih RM1.82 juta, berbanding kerugian bersih RM4.81 juta dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat