SPRM Fokus Bankrapkan Pesalah Rasuah, Kembalikan Aset Kepada Kerajaan

  • News
  • September 4, 2024

PUTRAJAYA: Pendekatan penyiasatan dan perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuh dalam usaha mengesan aset yang dicuri oleh penjenayah rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata operasi SPRM kini lebih fokus kepada bukan sahaja menangkap pesalah rasuah dan mendakwa mereka di mahkamah, tetapi juga membankrapkan mereka.

“Untuk tahun ini sahaja kita dapat mengembalikan RM1.3 bilion jumlah aset penjenayah dan duit itu (kita) bagi balik kepada kerajaan. Kalau boleh semua agensi penguat kuasa bukan sahaja berusaha menggembleng tenaga, selain menangkap jenayah, tuduh di mahkamah tetapi kita juga merampas semula harta penjenayah yang dicuri.

“Saya nak bankrapkan mereka (penjenayah rasuah) dan ini boleh mendatangkan rasa takut kepada mereka supaya berfikir banyak kali dalam melakukan jenayah rasuah,” katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Azam berkata peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 membenarkan SPRM merampas aset penjenayah untuk mengembalikan hasil yang dicuri kepada kerajaan.

Beliau berkata usaha berkenaan memerlukan pengetahuan dan kepakaran tinggi daripada pegawai penyiasat serta forensik.

“Bayangkan penjenayah rasuah itu meletakkan harta dalam proksi, siapa tahu. Oleh itu, pendekatan penyiasatan dan perisikan kita mesti mantap dan diperkasa.

“Sebelum mahu menyiasat seseorang itu kita perlu mengenal pasti aset yang telah dilupuskan dan disalurkan kepada mana-mana pihak supaya kita dapat pastikan aset ini (dikembalikan) semula,” katanya.

Mengambil contoh kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Azam berkata usaha keras SPRM bersama agensi lain membuahkan hasil apabila RM29 bilion dipulangkan kepada kerajaan daripada kos prinsipal RM42 bilion.

SPRM juga, katanya telah mewujudkan pasukan petugas di agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berkongsi kepakaran dalam kes-kes sindiket.

Selain penguatkuasaan, beliau berkata SPRM turut berperanan dalam pencegahan dan pendidikan masyarakat melalui media arus perdana serta kempen menerusi media sosial.

“Penggunaan media sosial dioptimumkan selaras dengan kehendak masyarakat, contohnya program debat secara penstriman langsung yang membolehkan masyarakat menyaksikannya,” katanya.

Azam berkata pendidikan terhadap masyarakat disampaikan dari peringkat rendah hingga universiti, contohnya melalui Angkatan Mahasiswa Antirasuah yang dimulakan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Fokus SPRM pada masa ini, katanya lebih kepada ketirisan berbanding 10 tahun lepas, yang menangani kes walaupun sekecil-kecilnya pada waktu itu.

Beliau berkata kategori jenayah rasuah kini lebih tertumpu kepada pemberian dan penerimaan suapan, rasuah dalam perolehan yang menyebabkan ketirisan besar dan rasuah berskala besar.

Azam berkata walaupun kategori kes rasuah tidak banyak berubah, jumlah yang terlibat semakin tinggi kerana ia berkaitan dengan ekonomi negara.

Ditanya tentang negara luar yang boleh dijadikan contoh, beliau berkata selain Hong Kong, SPRM juga mempelajari amalan daripada negara lain antaranya Qatar yang menggunakan sistem digital sepenuhnya untuk pembayaran kompaun trafik sekali gus mengurangkan gejala rasuah.

Beliau turut mencadangkan agar sistem perkhidmatan kerajaan diperbaiki dengan digitalisasi bagi mengelak rakyat daripada beratur panjang seperti cap jari untuk menukar hak milik.

“SPRM ditubuhkan pada 1967, jadi kita (SPRM) sudah berusia 57 tahun. Banyak negara ingin belajar daripada kita walaupun ada yang menafikan peranan SPRM dalam arena antarabangsa.

“Contohnya delegasi Uzbekistan yang baru menubuhkan agensi antirasuah pada 2020, datang untuk libat urus dengan SPRM.

“Agensi berkaitan perlu mencari jalan untuk memudahkan urusan rakyat sebagai sebahagian daripada agenda reformasi perkhidmatan rakyat, yang akan memberikan sistem penyampaian yang lebih baik dan cepat serta mengelakkan peluang rasuah,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 107 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 87 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis