Genting dijangka untung RM2.9 bilion jual hartanah di Miami

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd dijangka memperoleh keuntungan RM2.9 bilion atau 52 sen sesaham daripada penjualan hartanah di Miami, Amerika Syarikat (AS) jika ia dapat dijual pada harga AS$1 bilion (RM4.4 bilion).

Syarikat itu ketika ini mengendalikan hotel Hilton Miami Downtown di lokasi hartanah berkenaan, namun ia hanya menyumbang kira-kira AS$4.8 juta (RM21.1 juta) atau kurang daripada satu peratus pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kumpulan pada tahun kewangan 2022.

Penganalisis Maybank Investment Bank, Yin Shao Yang, berkata berdasarkan laporan Bloomberg, hartanah seluas 15.5 ekar milik Genting Malaysia itu telah menarik lima tawaran yang masing-masing bernilai lebih daripada AS$1.1 bilion (RM4.4 bilion), dengan bidaan paling tinggi adalah hampir AS$1.5 bilion (RM6.6 bilion).

Beliau berkata, Genting Malaysia dijangka membuat keputusan akhir dalam beberapa minggu akan datang.

“Genting Malaysia melabur kira-kira AS$500 juta (RM1.5 bilion) antara Mei dan September 2011 untuk membeli hartanah berkenaan. Perlu diambil kira bahawa ringgit pada masa itu diniagakan pada RM3 berbanding AS$1 berbanding RM4.43 berbanding AS$1 sekarang,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Genting Malaysia membeli hartanah itu pada harga kira-kira AS$236 juta pada 2011.

Ia pernah mengumumkan rancangan untuk membina enam menara, beberapa hotel dan unit kediaman di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Shao Yang berkata, Genting Malaysia dijangka tidak akan mengembalikan pulangan daripada penjualan berkenaan kepada pemegang saham menerusi dividen khas.

Beliau berkata, Maybank Investment mengekalkan anggaran perolehan, saranan ‘beli’ dan sasaran harga RM2.97 bagi saham Genting Malaysia, menunggu penjualan hartanah berkenaan dimuktamadkan.

Saham Genting Bhd dan Genting Malaysia masing-masing meningkat dalam awal dagangan hari ini, susulan berita kemungkinan ia akan keluar daripada pasaran hartanah Miami dengan keuntungan besar.

  • Coelho

    Related Posts

    Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

    KUALA LUMPUR: Datasonic Group Bhd bercadang untuk meminda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi bertulis pengarah. Dalam pekeliling kepada pemegang saham yang difailkan di Bursa Malaysia, Datasonic mencadangkan untuk meminda…

    Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

    KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM31.61 juta daripada Mightyprop Sdn Bhd bagi kerja-kerja letupan batu dan kerja am lain berkaitan cadangan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

    • November 22, 2024
    Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

    Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

    • November 22, 2024
    Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

    Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

    • November 21, 2024
    Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

    Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

    • November 19, 2024
    Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

    Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

    • November 19, 2024
    Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

    MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

    • November 19, 2024
    MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3