Counter Setting: SPRM tumpu siasatan menyeluruh terhadap syarikat warga Bangladesh berhubung

  • News
  • September 26, 2024

BANGI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat secara menyeluruh berhubung peranan sebuah syarikat dimiliki warga Bangladesh yang dipercayai terbabit dalam sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, syarikat ini dikesan membawa masuk pekerja dari Bangladesh secara tidak sah, dengan menyamar sebagai pelancong.

“Terbaru ada syarikat yang dimiliki oleh warga Bangladesh beroperasi di sini membawa pekerja dengan cara yang kita nampak tidak mematuhi peraturan.

“Oleh itu, kita sedang dapatkan bukti menerusi akaun syarikat berkenaan, sama ada terdapat bukti pembayaran kepada mana-mana pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Kebangsaan kali ke-3 2024 di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Isnin lalu, media melaporkan SPRM menahan seorang pengarah syarikat warga Bangladesh kerana disyaki terbabit dalam sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’.

Menurut sumber, lelaki berumur 50-an itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan SPRM di sekitar Lembah Klang pada jam 8 malam, Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Azam berkata, siasatan awal mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai sistem bagi sebarang urusan keluar masuk pekerja warga Bangladesh ke negara ini.

“Syarikat ini nampaknya tidak mempunyai apa-apa sistem di Malaysia tapi jadi orang tengah bawa pekerja ke sini. Antaranya dengan mengambil pekerja masuk ke sini dengan cara pelancong tetapi masuk ke negara ini, kamudian lesap begitu saja.

“Sukar juga untuk kita siasat. Untuk kesan dokumen mereka, berapa ramai sudah dibawa masuk. Sebab itu tindakan bawa masuk pekerja asing seperti dari Nepal, Vietnam, Indonedia serta Bangladesh perlu menggunakan sistem yang membolehkan kita menjejaki dan boleh dikesan pekerja yang masuk,” katanya.

Menyentuh penahanan ke atas 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing itu sebelum ini, Azam berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan.

“Siasatan ke atas 50 orang itu sedang disiapkan. Tunggu untuk kita umumkan sama ada ada pertuduhan atau tidak,” katanya.

Seramai 49 penguat kuasa yang ditahan sebelum ini adalah pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang lagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit