Pembesaran Westport 2 dijangka sumbang RM55 billion kepada ekonomi Malaysia

KLANG: Projek pengembangan Westports 2 itu juga dijangka menyumbang sebanyak RM55 bilion kepada ekonomi Malaysia sepanjang tempoh projek berdasarkan Laporan Penilaian Impak Ekonomi oleh PricewaterhouseCoopers pada 12 Disember 2022.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Westports, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah, berkata Westports telah menyumbang hampir RM4 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai korporat dan bayaran pajakan.

Beliau berkata jumlah itu dijangka meningkat dengan ketara dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Dalam pada itu juga, tanah yang dibeli untuk pembangunan Westports 2 yang bernilai lebih daripada RM600 juta akan kelak menjadi milik kerajaan secara percuma,” kata Ruben Emir.

Kata beliau dalam ucapan aluan-aluan sempena majlis pecah tanah Westports 2, di Klang, semalam.

Beliau berkata, Westports 2 akan mewujudkan zon bebas baharu dengan keluasan tanah sebanyak 550 ekar (202.3 hektar)

“Kawasan zon bebas ini akan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dan merangsang lebih banyak pusat pengedaran serantau dan global seperti IKEA, Robert Bosch dan Marks and Spencer yang telah sedia berada di sini,” katanya.

Tambah beliau, penambahan terminal kontena fasa dua Holdings Bhd daripada 10 terminal hingga 17 terminal adalah satu langkah penting untuk memastikan Malaysia kekal sebagai hab maritim dan logistik global pada masa depan.

Menurutnya pembinaan lapan terminal kontena baharu itu bakal menggandakan kapasiti pengendalian kontena Westports kepada 28 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) daripada 14 juta TEU yang direkodkan pada masa kini.

“Pembinaan terminal kontena baharu ini penting bukan sahaja untuk memenuhi permintaan semasa tetapi juga untuk bersedia bagi pertumbuhan jumlah perdagangan yang dijangka meningkat dalam dekad akan datang,” katanya.

Ruben Emir berkata, sembilan terminal kontena sedia ada di Westports kini beroperasi pada kadar penggunaan 80% dan akan mencapai kapasiti maksimum dalam beberapa tahun akan datang.

“Ini telah mendorong kami membuat keputusan untuk menambah kapasiti terminal,” katanya.

Sementara itu, pada majlis itu juga turut diumumkan kerjasama unik tiga pihak antara Westports, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

“Westports berbesar hati melancarkan Selangor Environmental Conservation and Cultural Alliance bersama Selangor Maritime Getaway dan Yayasan Hijau Malaysia.

“Ini akan menyatukan kerjasama korporat, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang komited untuk bekerjasama dalam memastikan pemuliharaan alam sekitar yang lestari bagi hutan bakau, hidupan marin serta pembangunan komuniti,” katanya.

Pelabuhan Klang menduduki tempat ke-11 dalam Senarai 100 Teratas Pelabuhan Llyod’s 2023, naik dua anak tangga berbanding kedudukan ke-13 pada 2022.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, terdahulu menyasarkan Pelabuhan Klang berada dalam kelompok 10 menjelang tahun depan.

Pelabuhan Klang turut menunjukkan indikator positif dengan statistik kendalian kontena semasa dagangan import dan eksport meningkat sebanyak 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2023, Pelabuhan Klang mengendalikan sebanyak 14.06 juta unit TEU, peningkatan sebanyak 6.3 peratus berbanding 13.22 juta TEU pada 2022.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028