Tengku Zafrul akui ada perbincangan bersama PKR, namun tiada keputusan dibuat

  • News
  • December 16, 2024

KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, akui berlaku perbincangan dengan parti PKR, namun belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai parti itu.

Tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, tiada perbincangan jawatan di peringkat negeri mahupun pilihan raya kecil dibuat.

“Sebenarnya, saya tiada membuat keputusan mengenai keahlian mana-mana parti, walaupun seperti yang telah disebut oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pernah ada perbincangan tentang perkara ini dengan pihak yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian menjawab spekulasi bahawa dirinya akan meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tengku Zafrul berkata, beliau amat terkejut dengan perkembangan kenyataan kepimpinan tentang perkara berkenaan.

“Tambahan pula, sejak isu ini mula diketengahkan, saya tidak menerima sebarang panggilan dari pucuk pimpinan Umno untuk bertanyakan isu sebenar.

Beliau menyifatkan hak memilih landasan perjuangan politik ialah hak asasi dan mutlak individu kerana tanpa keserasian, mustahil seseorang itu mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta negara.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul percaya bahawa rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat ini.

“Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem, tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara.

“Ramai maklum isu-isu ini semua telah saya ketengahkan sebelum ini dalam konteks UMNO Selangor tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu UMNO Selangor,” tambahnya.

Justeru, Tengku Zafrul berkata dirinya berpegang kepada prinsip apabila membuat sesuatu keputusan pastinya dibuat dengan penuh adab dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini timbul spekulasi berkait Tengku Zafrul akan menyertai PKR sekaligus didakwa akan memngambil alih tampuk pemerintahan Selangor yang kini diketuai Datuk Seri Amirudin Shari.

Presiden PKR Anwar Ibrahim semalam turut mengesahkan ada perbincangan awal penyertaan Tengku Zafrul ke parti pimpinannya namun mahu proses itu dilakukan secara baik tanpa menjejaskan hubungan dengan Umno.

Bagaimanapun, Amirudin dalam kenyataanya menegaskan beliau akan kekal di negeri itu sehingga ke akhir penggal ini demi menjamin kestabilan ekonomi dan kerajaan perpaduan seperti dinasihatkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi