Syarikat Penerbangan MASwings sah milik Sarawak

Sarawak telah selesai mengambil alih MASwings Sdn Bhd (MASwings), membuka laluan bagi negeri itu untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) kini sah milik Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata proses mengambil alih MASwings telah sekali gus membuka laluan agi negeri itu untuk memilik syarikat penerbangan sendiri.

“Pengambilalihan MASwings telah selesai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Perdana 2025 yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching, pada Isnin, seperti laporan The Star.

Jelas beliau, Sarawak mengambil alih MASwings dengan harga yang dipersetujui, namun tidak mendedahkan jumlah tersebut.

Katanya, majlis menandatangani perjanjian pengambilalihan akan diadakan dalam masa sebulan, yang dijangka berlangsung di Kuching.

Ditanya mengenai nama baharu syarikat penerbangan itu, beliau berkata, ia akan diumumkan selepas majlis menandatangani perjanjian.

Bulan lalu, Abang Johari berkata, pengambilalihan MASwings oleh Sarawak dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun 2025, bergantung kepada penilaian aset syarikat berkenaan.

Beliau menjelaskan, sebuah agensi audit pihak ketiga telah dilantik untuk menentukan nilai yang sesuai, berikutan perbezaan penilaian aset antara kerajaan negeri dan syarikat induk MASwings, Malaysia Aviation Group.

Dalam ucapan khasnya, Abang Johari berkata, pengambilalihan MASwings akan meletakkan Sarawak sebagai pintu gerbang ke ASEAN.

“Dengan kapasiti armada yang lebih besar dan perkhidmatan yang dipertingkatkan, matlamat kami adalah untuk meningkatkan hubungan domestik dan antarabangsa, terutamanya dalam radius penerbangan empat hingga tujuh jam,” katanya.

Beliau menambah, langkah itu akan merangsang perdagangan, pelancongan dan pelaburan dalam lima tahun akan datang.

Coelho

Related Posts

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menyatakan bantahan keras terhadap cadangan pengambilalihan dan pertukaran saham antara Sunway Berhad dan IJM Corporation Berhad, dengan memberi amaran bahawa urus niaga bernilai…

Vestland Batalkan Tiga Projek Rumah Mampu Milik Selangor Bernilai RM550.69 Juta

KUALA LUMPUR: Vestland Bhd memutuskan untuk tidak meneruskan tiga projek perumahan mampu milik di Selangor dengan nilai keseluruhan sehingga RM550.69 juta, yang diperoleh pada tahun 2022 daripada Splendid Forte Development…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan