PM arah batal serta-merta lesen peniaga jual tapak bazar ramadan kepada pihak ketiga

  • News
  • February 10, 2025

PUTRAJAYA: Perdana Menteri mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik lesen bazar Ramadan serta-merta sekiranya mendapati ada peniaga yang menjual lesen kepada pihak ketiga.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memahami sekiranya terdapat persatuan yang mengenakan bayaran puluhan ringgit daripada peniaga yang mendapat lesen bagi tujuan pengawasan dan kebersihan tapak bazar Ramadan.

Tetapi apa yang tidak boleh diterima, ujarnya, apabila terdapat ejen-ejen yang menerima komisen besar daripada permohonan lesen tapak bazar Ramadan.

Malah katanya perkara itu telah berlanjutan saban tahun sejak sekian lama.

Tambah Anwar, peniaga berniaga pada Ramadan bagi menambah pendapatan keluarga dan persiapan namun ada juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

“Kalau persatuan ambil puluhan ringgit untuk keselamatan dan pembersihan itu saya faham tetapi bukan menjualnya, penjawat awam tahu dan perkara itu sudah lama berlaku.

“Saya harap penguatkuasaan tegas seperti di Kuala Lumpur dan harap dilaksanakan seluruh kota, pastikan siapa dapat lesen dan kalau dia pindahkan (jual) batalkan segera,” katanya.

Beliau berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, DBKL memaklumkan akan mengendalikan sepenuhnya permohonan lesen dan penyelenggaraan bazar Ramadan di ibu negara mulai tahun ini bagi memastikan bayaran sewa gerai berpatutan dan pengurusan yang lebih baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu bagi menangani aduan mengenai yuran permohonan perniagaan.

Zaliha mendedahkan sebelum ini penjaja mengadu membayar sehingga RM20,000 kepada orang tengah untuk mendapat tapak bazar Ramadan namun gagal mendapatkannya.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026