Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

KUALA LUMPUR: Cypark Resources Bhd bercadang mengumpulkan sehingga RM52.66 juta melalui pelaksanaan tawaran persendirian melibatkan penerbitan sehingga 82.28 juta saham baharu atau bersamaan 10 peratus daripada modal saham terbitannya kepada pelabur pihak ketiga.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat yang terbabit dalam penyelesaian tenaga boleh baharu (TBB) dan alam sekitar bersepadu itu berkata dana yang bakal diraih akan digunakan untuk memperkukuh pelaksanaan projek sedia ada serta menyokong keperluan modal kerja kumpulan.

Berdasarkan harga terbitan indikatif 64 sen sesaham, Cypark merancang memperuntukkan RM45 juta bagi pembiayaan projek, RM7.07 juta untuk modal kerja, manakala baki RM590,000 digunakan bagi menampung kos pelaksanaan tawaran persendirian tersebut.

Menurut syarikat itu, dana pembiayaan projek akan digunakan bagi membayar kontraktor, pembekal dan perunding, selain menampung kos pembelian bahan dan peralatan, mobilisasi projek serta pelbagai perbelanjaan operasi yang berkaitan.

Antara projek utama yang sedang dibangunkan ialah loji solar terapung hidro hibrid berkapasiti 595MWac bersama sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) di Terengganu bernilai RM1.96 bilion, projek fasa kedua loji sisa kepada tenaga (WTE) SMART di Negeri Sembilan bernilai kira-kira RM700 juta serta pembangunan loji solar 99.99MWac di negeri yang sama dengan kos sekitar RM300 juta.

Cypark menjelaskan tawaran persendirian merupakan kaedah pengumpulan dana yang lebih pantas dan fleksibel berbanding pilihan pembiayaan ekuiti lain seperti terbitan hak, selain tidak membebankan syarikat dengan kos faedah atau pembayaran balik prinsipal sebagaimana pembiayaan bank.

Tambahnya, pelaksanaan secara berperingkat turut membolehkan syarikat mengumpulkan dana mengikut keperluan semasa, sekali gus mengurangkan kesan pencairan pegangan saham kepada pemegang saham sedia ada serta mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan.

Dari segi prospek perniagaan, Cypark optimis untuk terus mengembangkan portfolio projek melalui penyertaan aktif dalam tender kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), khususnya bagi projek solar, solar terapung, BESS dan tenaga boleh baharu hibrid.

Setakat 31 Mei 2026, kumpulan memiliki buku tender bernilai kira-kira RM2.20 bilion yang merangkumi pelbagai peluang dalam sektor tenaga hijau dan infrastruktur. TA Securities dilantik sebagai penasihat utama dan ejen penempatan bagi pelaksanaan cadangan tawaran persendirian tersebut.

  • Goncalves

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028