Kenaikan OPR lonjak nilai ringgit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong oleh kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus.

Bagaimanapun gandingan ringgit-dolar diunjur diniagakan dalam jajaran kecil berikutan sentimen mengelak risiko yang membawa kepada peningkatan permintaan terhadap dolar AS.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4350/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4525/4580 pada akhir urus niaga Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen mengelak risiko tidak ketara di pasaran pada masa ini.

Beliau juga menyifatkan tindakan di luar jangka Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR turut membantu memacu pergerakan ringgit.

“Namun, ketika kita mengunjurkan BNM akan menghentikan kitaran semakan semula OPR ini, impak atau limpahan daripada langkah itu seakan terhad.

“Bersandarkan keadaan itu, ringgit dijangka kekal bertahan ketika penggiat pasaran turut menjangkakan kemungkinan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menghentikan sementara kenaikan kadar faedah serta prospek pertumbuhan global yang lemah,” katanya.

Beliau berkata, data utama AS seperti penggajian bukan perladangan akan menjadi tumpuan malam ini ketika pihak Fed seakan mengakui aliran lebih lemah dalam pasaran tenaga kerja negara itu.

Selain itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.3067/3110 daripada 3.2833/2876; turun berbanding pound Britain pada 5.5814/5877 berbanding 5.5727/5796 sebelum ini dan rendah berbanding euro kepada 4.8896/8951 daripada 4.9156/9216.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.03 daripada 8.04/8.05; mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.4 daripada 303.3/303.5 namun rendah berbanding dolar Singapura pada 3.3426/3469 daripada 3.3420/3463 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1298/1497 daripada 13.0817/1037.

Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti Hari Wesak.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    • March 14, 2026
    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    • March 13, 2026
    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara