UOB Malaysia catat untung RM1.3 bilion

KUALA LUMPUR: UOB Malaysia mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM1.3 bilion pada 2022, 12.9 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya.

Ia berikutan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi daripada biasa sebanyak RM2.3 bilion, peningkatan 69.7 peratus tahun ke tahun yang sebahagian besarnya dikaitkan kepada kos sekali saja untuk mengambil alih perniagaan perbankan pengguna Citigroup di negara ini.

Pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada langkah strategik UOB untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia.

Pada masa yang sama, UOB Malaysia terus melabur dalam infrastruktur teknologi bagi menyokong pertumbuhan perniagaan di masa hadapan.

Pendapatan operasi bank itu dalam tahun dikaji bagaimanapun meningkat 15.2 peratus kepada RM3.9 bilion, sebahagian besarnya disebabkan oleh pendapatan bukan faedah dan pendapatan faedah bersih yang lebih kukuh.

Pendapatan faedah bersih meningkat 11.3 peratus kepada RM2.7 bilion hasil daripada pengurusan penyata imbangan yang proaktif UOB Malaysia, ditambah pula dengan pergerakan kadar faedah yang menggalakkan sepanjang 2022.

Sementara itu, pendapatan bukan faedah melonjak 28.3 peratus kepada RM1.1 bilion, berikutan usaha berterusan UOB Malaysia untuk memanfaatkan keupayaan dan rangkaian serantaunya.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei, berkata, 2022 adalah tahun yang amat penting bagi bank itu.

Katanya, pengambilalihan perniagaan perbankan pengguna Citi telah selesai pada November, sekali gus mengukuhkan francais runcit kami dengan portfolio, saluran perkhidmatan dan rangkaian rakan kongsi yang lebih luas.

“Berpandukan strategi pertumbuhan tiga tahun, kami juga terus mengubah dan meningkatkan infrastruktur, keupayaan digital, rangkaian, tenaga insan dan jenama kami.

“Selama lebih 70 tahun, UOB telah berkembang seiring dengan Malaysia dan kami sentiasa yakin akan potensi pertumbuhan jangka panjang negara.

“Ini dapat dilihat melalui pelaburan berterusan kami termasuk ibu pejabat baharu yang canggih dan hijau, UOB Plaza 1 KL,” katanya dalam satu kenyataan.

Bersama francais runcit daripada perniagaan perbankan pengguna Citi, pinjaman kasar, pendahuluan, dan pembiayaan UOB Malaysia, serta portfolio deposit bukan bank masing-masing meningkat dengan ketara kepada RM105.7 bilion dan RM110.9 bilion.

Kualiti aset UOB Malaysia juga kekal teguh apabila pemulihan ekonomi yang kukuh selepas pandemik menyaksikan jumlah peruntukan untuk jangkaan kerugian kredit menurun 70.9 peratus atau RM340.7 juta.

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh hapus kira jangkaan kerugian kredit bagi aset tidak terjejas, serta komitmen dan luar jangka, ditambah dengan jangkaan kerugian kredit yang lebih rendah bagi aset terjejas.

  • Coelho

    Related Posts

    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menyatakan bantahan keras terhadap cadangan pengambilalihan dan pertukaran saham antara Sunway Berhad dan IJM Corporation Berhad, dengan memberi amaran bahawa urus niaga bernilai…

    Vestland Batalkan Tiga Projek Rumah Mampu Milik Selangor Bernilai RM550.69 Juta

    KUALA LUMPUR: Vestland Bhd memutuskan untuk tidak meneruskan tiga projek perumahan mampu milik di Selangor dengan nilai keseluruhan sehingga RM550.69 juta, yang diperoleh pada tahun 2022 daripada Splendid Forte Development…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    • January 23, 2026
    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    • January 20, 2026
    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    • January 18, 2026
    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    • January 18, 2026
    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    • January 16, 2026
    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

    • January 16, 2026
    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan